BEBERAPA hari lepas salah satu perkhidmatan berbayar Apple mengalami gangguan rangkaian yang menyebabkan isu kehilangan sambungan atau ia terus terputus.

Perkhidmatan ini adalah iCloud Private Relay iaitu sebahagian daripada pelan langganan iCloud+. Semalam ia kembali pulih.

Menurut laman System Status oleh Apple, perkhidmatan geganti peribadi iCloud telah kembali pulih pada 28 Julai sebelum 11 pagi.

iCloud Private Relay adalah ciri yang anda terima dalam langganan iCloud+. Bayangkan ia adalah VPN oleh Apple yang memfokuskan kepada menyembunyikan alamat IP sebenar anda dan menggantikannya dengan yang sementara untuk privasi dan keselamatan.

Dengan masalah yang berlaku sepanjang beberapa hari ini telah selesai, semua sambungan internet lagi-lagi jika anda menggunakan Safari akan kembali normal. -Amanz