Keputusan: COLOMBIA 1 JEPUN 2
Carlos Sanchez muncul pemain kedua terpantas dilayangkan kad merah dalam sejarah Piala Dunia yang menyaksikan Colombia tumbang 2-1 ketika membuka kempen mereka menentang Jepun di Mordovia, sebentar tadi.
Colombia, yang diangkat selaku pasukan kegemaran dalam saingan Kumpulan H, mengalami mimpi buruk berikutan tindakan Sanchez yang menampan rembatan Shinji Kagawa dengan tangan sehingga dibuang padang ketika permainan baru mencecah usia dua minit 56 saat.
Ia juga merupakan layangan terus kad merah tanpa amaran dalam Piala Dunia sejak Luis Suarez menerima hukuman serupa ketika bertemu Ghana pada edisi 2010.
Kagawa kemudian meletakkan Jepun di depan daripada sepakan penalti yang diberikan dengan menghalakannya ke tengah-tengah pintu gol ketika penjaga gol, David Ospina, merebahkan badan ke sebelah kanan.
Meskipun kekurangan seorang pemain, skuad kendalian Jose Pekerman itu masih mampu bersaing yang menyaksikan Juan Quintero menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma, enam minit menuju ke bilik persalinan.
Pekerman kemudian memasukkan pemenang Anugerah Kasut Emas 2014, James Rodriguez, dalam separuh masa kedua, namun bintang Bayern Munich itu yang masih bergelut dengan masalah betis, tidak diberikan banyak ruang ketika Jepun mempamerkan watak berdisiplin dan bertenaga.
Skuad kendalian Akira Nishino itu merupakan antara pasukan terkerdil dalam kempen kali ini, namun mengambil sepenuhnya kesempatan yang ada sambil penyerang FC Koln, Yuya Osako, meledak jaringan kemenangan pada minit ke-73.
Kemenangan ke atas Colombia menyemarakkan harapan Jepun untuk melepasi peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 2010 sambil Pekerman berharap James kembali cergas untuk pertembungan dengan Poland selepas ini.
Kurang tiga minit selepas wisel sepak mula ditiupkan, usaha Sanchez untuk menyekat tendangan deras Kagawa dari jarak 20 ela terkena tangan sehingga mendorong pengadil menghadiahkan sepakan penalti sebelum melayangkan kad merah kepada pemain tengah berkenaan.
Selepas protes yang panjang, Sanchez akhirnya akur meninggalkan padang dan Kagawa dibenarkan untuk melepaskan sepakan klinikal ke tengah-tengah pintu gol dan situasi itu secara tidak langsung menjejaskan perancangan asal Colombia.
Walaupun dengan kekecewaan berganda itu, pasukan Amerika Selatan itu mula mengatur serangan. Radamel Falcao hanya dapat menyentuh sedikit hantaran Juan Quintero di depan pintu gol dengan hujung kasutnya dalam usaha mengatasi penjaga gol veteran, Eiji Kawashima, tetapi gagal.
Selepas sejam berlalu, Jose Pekerman mengubah percaturannya dengan mengeluarkan pemain sayap Juventus, Juan Cuadrado, dan memasukkan pemain tengah Boca Juniors, Wilmar Barrios, sebelum jaringan penyamaan hadir sembilan minit kemudian.
Falcao kemudian memenangi sepakan percuma ekoran terjahan daripada Makoto Hasebe. Quintero melepaskan rembatan rendah yang memerangkap Kawashima -- bola terlebih dahulu melintasi garisan gol.
Selepas pertengahan babak pertama, rentak permainan semakin kendur sebelum gol Osako kembali merancakkan permainan dengan mengatasi Ospina dari jarak dekat.
Ospina dikerah membuktikan keupayaannya beberapa saat kemudian. Dia terpaksa merebahkan badannya ke sudut kiri untuk menafikan percubaan jarak jauh Takashi Inui dan situasi itu memaksa Pekerman memasukkan James bagi mengembalikan rentak anak buahnya.
Bagaimanapun, Jepun selesa menguasai perlawanan dan percaturan itu berhasil apabila pemain gantian, Keisuke Honda, menemui Osako yang menanduk bola melepasi jangkauan Ospina.
James memiliki peluang ketika permainan bersisa 13 minit, namun rembatannya dari dalam kotak penalti melantun ke palang gol selepas Osako menghalang sepakannya dengan kaki.