KUALA LUMPUR: Pemenang pingat gangsa edisi sebelum ini, Perancis akan mencabar pasukan handalan, Jerman pada final Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) Sabtu ini, yang merupakan ulangan kepada final edisi 2013.
Perancis yang memburu kejuaraan sulungnya, melangkah ke final setelah menewaskan Sepanyol 3-1 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi, sementara juara enam kali Jerman menundukkan India 4-1 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir terdahulu.
"The Les Bleus", yang hanya melangkah ke final untuk kali kedua selepas sedekad sejak tewas 2-5 kepada Jerman pada final edisi 2013, mendahului seawal minit kedua apabila Brieuc Delemazure menyempurnakan satu pukulan sudut penalti tetapi Sepanyol menyamakan kedudukan menerusi gerak terancang Aleix Bozal pada minit ke-15.
Perancis kemudian mendahului semula menerusi pukulan sudut penalti Stanislas Branicki pada minit ke-33, dituruti gol padang Louis Haertelmeyer pada minit ke-42 untuk The Les Bleus mara ke final buat kali kedua.
Sementara itu Jurulatih Perancis Matthias Dierckens berkata anak-anak buahnya berjaya menangani permulaan yang kurang memberangsangkan untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam separuh masa kedua bagi meraih kemenangan.
"Separuh masa pertama aksi kami tidak berapa menjadi, selalu terkebelakang dalam merebut bola dan dalam keadaan satu lawan satu tetapi di dalam separuh masa kedua seolah-olah hanya pemain Perancis berada di padang. Saya rasa final kali ini merupakan yang sempurna dan mencatat sejarah.
Kami menewaskan Jerman pada awal kejohanan (2-0 dalam perlawanan Kumpulan B) tetapi saya fikir kali ini ia akan berbeza, kami perlu selalu berhati-hati dengan Jerman apabila mereka tidak gembira. Kami semua tahu Jerman merupakan pasukan pilihan, jadi kami tidak tahu bagaimana ia akan berlangsung, perlu turun ke gelanggang dan bermain," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Perancis terlepas peluang melangkah ke final edisi 2021 di Bhubaneswar, selepas tewas 1-3 dalam penentuan pukulan penalti kepada Argentina yang kemudian menjadi juara selepas kedua-duanya terikat 0-0 dalam aksi separuh akhir, sebelum mengalahkan tuan rumah India 3-1 dalam perlawanan bagi merebut pingat gangsa.
Sementara tu dalam aksi separuh akhir terdahulu, Jerman membuka jaringan menerusi gol padang Ben Hasbach pada minit kelapan tetapi India berjaya menyamakan kedudukan selepas pukulan Sudeep Chirmako menerjah sudut atas kanan tiang gol Jerman.
Jerman yang merupakan pasukan nombor tiga dunia kemudian membolosi gawang menerusi India pukulan sudut penalti masing-masing daripada Hasbach pada minit ke-30 dan Paul Glander pada minit ke-41 serta pukulan dari jarak dekat Florian Sperling pada minit ke-58 untuk mengesahkan final kelapan mereka dalam kejohanan ini.
Ketua Jurulatih Jerman Rein Van Eijk berkata pasukan India menyukarkan mereka dalam separuh masa pertama dan beliau gembira dengan disiplin dan pertahanan padu anak-anak buahnya yang hanya dibolosi satu gol.
"Perlawanan yang begitu mencabar, kami bertuah tidak dibolosi dengan empat atau lima gol dalam separuh masa pertama, India bermain dengan amat baik, membuat kajian dan mereka benar-benar mengucar-kacirkan kami. Kami bertuah dapat mendahului 1-0 sebelum India menyamakan kedudukan dan kemudian gol jaringan Ben sebelum berakhir separuh masa pertama sememangnya membawa perubahan.
Kemudian kami menukar taktik permainan pada separuh masa kedua, dengan mengawal pemain lawan, jadi pasukan India tidak lagi dapat melakukan seperti apa yang mereka lakukan pada separuh masa pertama. Kami berharap untuk memenangi lagi Piala Dunia di sini," katanya.
Jerman menjulang trofi Piala Dunia bawah 21 tahun pada edisi 1982, 1985, 1989, 1993, 2009 and 2013 termasuk ketiga-tiga edisi yang dihoskan Malaysia - Kuala Lumpur (1982), Ipoh (1989) dan Johor Bahru bersama Singapura pada 2009.
Jerman mara ke separuh akhir selepas menewaskan juara bertahan Argentina 2-1 pada aksi suku akhir sementara Perancis mengalahkan Australia 3-2.
Perlawanan akhir dijadualkan pada 8.30 malam Sabtu ini selepas perlawanan penentuan pingat gangsa antara India dan Sepanyol pada pukul 6 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Pemain Perancis meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan pasukan Sepanyol pada perlawanan separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023, Perancis menentang Sepanyol di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur, 14 Dis 2023. --fotoBERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jerman julang trofi Hoki Piala Dunia Remaja 2023 buat kali ketujuh
Ia kemenangan JWC keempat Jerman di Malaysia, selepas merangkul tiga kejuaraan sewaktu edisi Kuala Lumpur 1982, Ipoh 1989 dan Johor Bahru 2009.

JWC: Perancis bakal cabar juara enam kali, Jerman di final
Perancis melangkah ke final setelah menewaskan Sepanyol 3-1 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.

JWC: Malaysia ke suku akhir selepas tewaskan Afrika Selatan 4-3
Malaysia melangkah ke suku akhir Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja (JWC) Lelaki 2021 selepas mencatat kemenangan penuh dramatik 4-3 ke atas Afrika Selatan di Bhubaneswar, India pada hari ini.