SHAH ALAM: Perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mengakui terkejut apabila terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai pemain pertama pada aksi final menentang China pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
Jun Hao, pemain yang berada di ranking ke-38 dunia itu turut mengakui kesalahan yang dibuat pada mata penting memakan dirinya apabila ditewaskan Weng Hong Yang menerusi permainan straight set 19-21 dan 17-21.
"Pagi ini (baru tahu dipilih sebagai pemain pertama). Bagi saya memang ada rasa sukar sebab hari ini turun sebagai pemain pertama...tapi tetap bersedia walaupun terkejut.
"...rugi pada mata penting sebab kesilapan seperti itu. Saya harap kejohanan selepas ini, saya akan lebih yakin dan konsisten," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan keputusan itu dibuat barisan kejurulatihan selepas dua tonggak perseorangan utama negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan kerana masing-masing mengalami kesukaran bernafas akibat resdung selain kecederaan belakang.
Hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan gelaran BATC pada edisi 2024 tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China pada aksi final di sini hari ini.
Terdahulu, pasangan juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut ditumbangkan 16-21, 21-16 dan 21-23 oleh Xie Hao Nan-Zheng Wei Han.
Selain itu perseorangan negara Eogene Ewe yang berada di ranking ke-298 dunia ditumpaskan oleh Lei Lan Xi menerusi permainan straight set 10-21 dan 14-21.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024

Jun Hao turut mengakui kesalahan yang dibuat pada mata penting memakan dirinya apabila ditewaskan Weng Hong Yang menerusi permainan straight set 19-21 dan 17-21. - Gambar Stadium Astro

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.

Noor Ainaa tamatkan kemarau 17 bulan tanpa gelaran
Pemain berusia 22 tahun itu meraih gelaran ketiga dalam kariernya dengan menewaskan Hana Ismail dari Mesir 11-9, 11-4, 11-7.

Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.

Jun Hao akui terkejut galas tanggungjawab besar di pentas final BATC 2024
Jun Hao mengakui terkejut apabila terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai pemain pertama pada aksi final menentang China pada BATC di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

'False Start' jejaskan aksi terakhir Dekwan di APG
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi terlepas peluang mempertahankan pingat emas acara 100m lelaki T36 pada Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou.

Pearly-Thinaah terlepas gelaran juara Terbuka Hong Kong
Impian Pearly Tan-M Thinaah untuk merangkul gelaran pertama pada tahun ini tidak kesampaian setelah tewas kepada pasangan Indonesia.

Kekecohan selepas final Piala AFC: KLFA buat laporan polis
KLFA membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan yang berlaku di pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Zii jia, Aaron-Wooi Yik ke pentas final Kejohanan Badminton Asia
Dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Muntinlupa petang ini, Zii Jia hanya memerlukan 36 minit untuk mengetepikan cabaran Hong Yang, dengan keputusan 21-11, 21-19.

Skuasy: Malaysia rampas gelaran Juara Berpasukan Asia daripada Hong Kong
Skuad wanita negara berjaya merampas kembali gelaran juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia daripada Hong Kong, sekali gus mengesahkan status selaku pasukan terbaik benua ini.

Pengadil Malaysia dilantik mengadili aksi final Piala Dunia Bola Sepak Pantai
Kualiti pegawai perlawanan dari Malaysia dilihat menerima pengiktirafan antarabangsa apabila Suhaimi Mat Hassan dilantik sebagai pengadil utama bagi aksi final Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2021.