KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan yang berlaku di pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, selepas tamat aksi final Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Zon ASEAN, malam tadi.
Presidennya, Khalid Abdul Samad berkata pihaknya sedia maklum berhubung insiden itu yang didakwa membabitkan penyokong pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC dan PSM Makassar, dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Saya amat kecewa dan marah dengan insiden yang berlaku semalam...saya sifatkan dilakukan oleh golongan pengacau. Saya juga ingin menafikan ada pihak KLFA mahupun pasukan KL yang terlibat.
"Tatkala pelbagai kejayaan dikecapi pasukan KL, perkara ini berlaku dan bagi saya ia agak malang buat kami...kita tak akan sesekali berkompromi dengan kejadian tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Khalid dalam pada itu, mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mencalarkan imej serta nama KLFA dan pasukan KL, dengan tercetusnya insiden tersebut.
"Kejadian berlaku itu dilakukan bertujuan memburukkan nama persatuan selain dengki dengan kejayaan dicapai oleh pasukan KL," katanya.
Terdahulu, beberapa video tular di media sosial yang memaparkan insiden kekecohan dan pergaduhan, berlaku di pekarangan stadium tersebut malam tadi.
Dalam video itu, turut kelihatan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Pada aksi final Zon ASEAN tersebut, KL City FC menewaskan kelab dari Indonesia PSM Makassar 5-2, sekali gus mara ke perlawanan 'play off' separuh akhir antara zon Piala AFC.
Berdasarkan laman sesawang rasmi AFC, skuad warga kota itu dijadual bertemu kelab India ATK Mohun Bagan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Presidennya, Khalid Abdul Samad berkata pihaknya sedia maklum berhubung insiden itu yang didakwa membabitkan penyokong pasukan KL City FC dan PSM Makassar, dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.

KLFA mahu anjur pertandingan reka cipta logo baharu KL City
Syed Yazid berkata beliau mahu KL City kembali dengan gelaran "The Hawks" yang dilihat menggambarkan kekuatan dan ketangkasan pasukan.

Giliran Nik Nazmi bentang profil kemudi KLFA
Selepas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tawar diri, kini Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pula akan bertanding jawatan Presiden KLFA.

Fahmi Fadzil tawar diri bertanding Presiden KLFA
Menteri Komunikasi tawar diri bertanding Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Ogos 2024.

Pramusim sempurna buat KL City FC keutamaan saya - Fahmi
Fahmi mahu membantu memastikan semua keperluan KL City dapat diuruskan dengan baik supaya ia cukup bersedia untuk memulakan musim baharu.

'Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA'
Kuala Lumpur (KL) Rovers FC mempersoalkan hak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menjual kelab itu sedangkan ia adalah ahli gabungan sejak tahun 2021.

KLFA nafi tunggakan gaji empat bulan KL City
KLFA menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan KL City, yang didakwa berlarutan sehingga empat bulan.

KLFA nafi gaji pemain tertunggak empat bulan
KLFA menafikan kononnya berlaku tunggakan gaji selama empat bulan dalam kalangan pemain Kuala Lumpur (KL) City FC seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Kekecohan selepas final Piala AFC: KLFA buat laporan polis
KLFA membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan yang berlaku di pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.