KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menafikan kononnya berlaku tunggakan gaji selama empat bulan dalam kalangan pemain Kuala Lumpur (KL) City FC seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Presiden KLFA Khalid Abdul Samad berkata hanya gaji Ogos dan September yang belum dilunaskan buat pemain 'The City Boys' dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.
"Berdasarkan kenyataan dikeluarkan baru-baru ini oleh sebuah akhbar tempatan yang menyatakan kami tidak membayar gaji pemain selama empat bulan, itu agak tersasar jauh daripada kebenaran.
"Kami tidak pernah lebih dua bulan tidak bayar gaji, (sekarang ini hanya) Ogos dan September sahaja. Gaji Ogos akan dibayar selewat-lewatnya esok dan gaji September tarikh ditetapkan hingga 7 Nov ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Khalid memaklumkan pihaknya berusaha keras memastikan pengurusan pasukan sentiasa berada dalam landasan terbaik untuk mengurus segala kebajikan terutamanya pembayaran gaji kepada pemain serta kakitangan KL City FC.
Walaupun sedang dihimpit isu tunggakan gaji, Khalid positif terhadap kemampuan skuadnya menempah tiket ke final Piala Malaysia seterusnya menjulang piala berprestij itu seperti pada edisi 2021.
Beliau yakin skuad The City Boys yang akan turun menentang Terengganu pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin esok, akan menampilkan permainan bertenaga setelah pada aksi pertama menyaksikan skuad kendalian Nenad Bacina itu tewas 1-2 di laman sendiri.
Sementara itu, Pengurus Besar KL City FC Stanley Bernard memohon maaf kepada barisan pemain yang terkesan dengan isu tunggakan gaji berkenaan dan akan menggunakan segala kaedah untuk menyelesaikannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

Khalid Abdul Samad berkata hanya gaji Ogos dan September yang belum dilunaskan buat pemain 'The City Boys' dan akan diselesaikan dalam masa terdekat. - Gambar fail/Stadium Astro
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.

KLFA mahu anjur pertandingan reka cipta logo baharu KL City
Syed Yazid berkata beliau mahu KL City kembali dengan gelaran "The Hawks" yang dilihat menggambarkan kekuatan dan ketangkasan pasukan.

Giliran Nik Nazmi bentang profil kemudi KLFA
Selepas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tawar diri, kini Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pula akan bertanding jawatan Presiden KLFA.

Fahmi Fadzil tawar diri bertanding Presiden KLFA
Menteri Komunikasi tawar diri bertanding Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Ogos 2024.

Pramusim sempurna buat KL City FC keutamaan saya - Fahmi
Fahmi mahu membantu memastikan semua keperluan KL City dapat diuruskan dengan baik supaya ia cukup bersedia untuk memulakan musim baharu.

'Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA'
Kuala Lumpur (KL) Rovers FC mempersoalkan hak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menjual kelab itu sedangkan ia adalah ahli gabungan sejak tahun 2021.

KLFA nafi tunggakan gaji empat bulan KL City
KLFA menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan KL City, yang didakwa berlarutan sehingga empat bulan.

KLFA nafi gaji pemain tertunggak empat bulan
KLFA menafikan kononnya berlaku tunggakan gaji selama empat bulan dalam kalangan pemain Kuala Lumpur (KL) City FC seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Kekecohan selepas final Piala AFC: KLFA buat laporan polis
KLFA membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan yang berlaku di pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.