BEKAS pengurus Chelsea, Jose Mourinho akhirnya sah bergelar pengurus terbaru Manchester United, selepas berunding tiga hari dengan kelab tersebut.
Rundingan antara pengurusan tertinggi kelab dan agen Mourinho berjaya mencapai kata putus, bagaimanapun tiada kontrak yang dimeterai sehingga kini.
Pengumuman rasmi berhubung perkara berkenaan dijadualkan pada Jumaat ini.
Mourinho mengisi tempat Louis van Gaal yang dipecat pada Isnin selepas Manchester United menang Piala FA.
Rundingan yang bermula pada Selasa itu, telah beberapa kali tertangguh berhubung isu hak imej beliau dan dijangka memeterai kontrak tiga tahun untuk membimbing kelab tersebut.
VIDEO: Rundingan Jose Mourinho & Manchester United masuk hari kedua
Isnin lalu, Van Gaal, 64, ditamatkan khidmatnya bersama Manchester selepas bersama kelab itu selama dua tahun daripada tiga tahun kontraknya.
BACA: Louis Van Gaal dipecat daripada jawatan pengurus Manchester United - Laporan
BACA: Louis Van Gaal dipecat: Penyokong Manchester United sokong keputusan kelab
Ramai penyokong Manchester United di media sosial dilihat menyokong keputusan itu.
Menurut mereka, walaupun Van Gaal merupakan seorang bintang bola sepak yang berbakat tetapi beliau bukan seorang pengurus yang berkaliber.
Astro Awani
Fri May 27 2016

Jose Mourinho (gambar) mengisi tempat Louis van Gaal yang dipecat pada Isnin selepas Manchester United menang Piala FA. - Foto AFP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.

Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu
Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris, menurut pengumuman kelab itu pada Jumaat.

United perlu bayar pampasan RM90.5 juta kepada Ten Hag
Ten Hag mempunyai baki 21 bulan dalam kontrak lanjutan United dan telah dilaporkan beliau memperoleh 9 juta pound (RM50 juta) setahun.

Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro
Perlawanan pembukaan Euro 2024 menyaksikan tuan rumah, Jerman berdepan Scotland dalam saingan Kumpulan A.

Mourinho mahukan pemain buangan Chelsea di Fenerbache
Jose Mourinho mahu menandatangani legenda Chelsea, Romelu Lukaku sejurus diumum bergelar pengurus kelab Turkiye, Fenerbahce.

Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.

Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp.

Mourinho belajar bahasa Jerman
Jose Mourinho dilaporkan tertarik untuk melatih Bayern Munich.

Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan.

UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan
Jurulatih Roma, Jose Mourinho telah dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh UEFA kerana kelakuannya pada perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu.