Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenal pasti atlet paralimpik yang berpotensi untuk dibawa ke Kompleks Sukan Paralimpik yang akan dibina di Rembau, Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah pun mula turun padang untuk mencari bakat baharu dalam arena sukan sekali gus sebagai persiapan untuk Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun nanti.
"Latihan secara intensif akan diadakan di kompleks tersebut dan diuruskan oleh KBS manakala peserta atau atletnya kita akan bantu cari kerana tidak semua bakat ini dikenal pasti melalui institusi sukan, ada yang daripada program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan lain-lain lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Semarak Kasih Ridzuan Puzi di Taman Sinar Harapan, Jitra di sini hari ini.
Memberi contoh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, beliau berkata bakat atlet paralimpik yang memenangi emas dalam acara pecut itu turut dikenal pasti melalui program PDK di Beseri, Perlis.
Dalam perkembangan lain, Rohani berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh dari hospital berhubung kes seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia setelah pengsan di sebuah taska di Bandar Darulaman, dekat sini pada Khamis.
Polis sebelum ini memaklumkan hasil bedah siasat mendapati tiada unsur penderaan namun pakar patologi memaklumkan adanya pendarahan pada jantung bayi itu yang mungkin disebabkan oleh jangkitan atau pun penyakit.
Katanya melalui pemeriksaan awal JKM, taska itu didapati berdaftar dengan JKM selain turut mengikuti segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihaknya.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau sekali lagi menggesa ibu bapa yang mempunyai anak Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk segera mendaftar anak mereka kepada JKM bagi memudahkan proses penyaluran bantuan dan intervensi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 15 peratus penduduk dunia adalah terdiri daripada OKU dan sehingga Oktober ini katanya, 401,251 OKU sudah berdaftar dengan JKM iaitu lebih kurang 1.3 peratus dari jumlah penduduk negara ini.
Dalam majlis itu juga Rohani turut mengumumkan penjenamaan semula nama Taman Sinar Harapan di sini kepada Taman Sinar Harapan Ridzuan Puzi, sebagai menghargai jasa dan sumbangan atlet paralimpik dalam mengharumkan nama negara.
Pada 27 Sept lepas, Rohani mengumumkan empat rumah kebajikan Taman Sinar Harapan akan dinamakan dengan nama empat atlet yang mencatatkan kejayaan di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini.
Selain Ridzuan, Taman Sinar Harapan itu akan mengambil nama atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli, atlet lompat jauh lelaki, Abdul Latif Romly dan atlet lompat jauh wanita, Siti Noor Radiah Ismail.
Taman Sinar Harapan merupakan institusi di bawah JKM yang memberi penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada OKU kategori masalah pembelajaran.
--BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2016
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah pun mula turun padang untuk mencari bakat baharu dalam arena sukan. - Gambar fail
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Sukan Paralimpik Paris 2024: Zahid ucap selamat maju jaya kepada atlet
"Ingatlah, dalam setiap cabaran, ada peluang untuk mencipta sejarah. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda. Selamat berjuang, kontinjen Malaysia!"
Habuan RM60,000 menanti pemenang emas Sukan Paralimpik 2024 - Megat D Shahriman
Habuan itu merupakan insentif diberikan oleh tiga syarikat luar bagi meningkatkan motivasi atlet negara memburu emas pada Paris 2024.
Paris 2024 penampilan terakhir Abu Samah?
Jaguh tenis kerusi roda negara Abu Samah Borhan tidak menolak kemungkinan Sukan Paralimpik 2024 di Paris bakal menjadi penampilan terakhirnya.
Majlis Paralimpik Malaysia tubuh Majlis Atlet
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan penubuhan Majlis Atlet bagi mematuhi dasar ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC).
Majlis perkahwinan atlet paralimpik di Thailand berakhir dengan tragedi
Seorang pengantin lelaki mengamuk dan melepaskan tembakan rambang menyebabkan kematian termasuk pengantin wanita.
Jurulatih mahu Ridzuan Puzi 'pecut' lebih awal ke Paris
Juara Sukan Paralimpik 2016 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi diharapkan dapat menempah slot lebih awal dalam acara 100 meter (m) T36 (kecacatan fizikal), pada edisi 2024 di Paris, Perancis.
PRU15: Jangan lupa kebajikan, pembangunan sukan yang perlu untuk kami - Atlet Paralimpik
Arif Ridzuan berharap akan ada perubahan yang baik dapat diberikan oleh pemimpin dalam pembangunan sukan Paralimpik.
Bonnie Bunyau antara atlet Paralimpik terbaik dunia 2021
Pencapaian luar biasa buat atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin pada 2021 ini.
MPM tumpu pencarian bakat baharu
MPM menyasarkan untuk memberikan pendedahan kepada lebih ramai atlit paralimpik di arena antarabangsa.
Parlimen: KBS tetap jalankan siasatan lanjut isu Muhammad Ziyad
KBS bersependapat dan percaya dengan pendirian Muhamad Ziyad bahawa dakwaan beliau tiba lewat adalah dakwaan yang tidak berasas.