Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata, seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara dalam acara sukan berprestij itu.
"Selamat berjuang #TeamMAS. Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 telah membuka tirainya dan selamat maju jaya saya ucapkan buat 30 orang atlet luar biasa yang mewakili Malaysia dalam acara sukan berprestij ini.
"Ingatlah, dalam setiap cabaran, ada peluang untuk mencipta sejarah. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda. Selamat berjuang, kontinjen Malaysia!" katanya.
Hari ini, obor perjuangan kontinjen negara terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan misi memburu empat lagi emas bagi melengkapkan kutipan 10 emas secara keseluruhan dalam temasya sukan berprestij dunia itu. - BERNAMA