Keputusan sama ada Standard Chartered KL Marathon 2013 yang dijadual Ahad ini ditangguhkan atau tidak berikutan keadaan berjerebu sekarang, akan ditentukan Khamis ini.
Pengarah Dirigo Events Sdn Bhd, Rainer Biemans berkata pihaknya sedang memantau situasi jerebu itu dan berdasarkan keadaan sekarang, larian tersebut masih diteruskan.
"Kami mengutamakan kesihatan peserta. Tetapi kalau jerebu semakin teruk, kami akan mengumumkan penangguhan acara berkenaan selewat-lewatnya pada pagi Khamis ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Larian anjuran Dirigo Events Sdn Bhd itu yang akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka di sini, bakal disertai kira-kira 33,000 peserta termasuk 3,600 pelari luar negara.
Sebanyak enam kategori dipertandingkan termasuk jarak 42km (maraton penuh), 21km (separa maraton) dan 10km, selain acara larian kanak-kanak.
Bernama
Tue Jun 25 2013
Lelaki Singapura dipenjara 6 bulan, denda RM6,000 mengaku sebar ajaran salah
Seorang lelaki warga Singapura dipenjara enam bulan dan didenda RM6,000 atas tiga pertuduhan mengajar dan menyebar ajaran salah.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Vicente puas hati persembahan menentang India
Vicente puas hati persembahan Harimau Malaya, namun kecewa dengan keputusan seri 1-1 menentang India dalam perlawanan persahabatan malam tadi.
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
KPM siasat pelajar Thailand rentas Sungai Golok bersekolah di Malaysia
KPM menyiasat laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
EPL: Rodrigo Bentancur digantung tujuh aksi akibat kenyataan bersifat rasis terhadap Son Heung-min
Pemain Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur, dihukum tujuh perlawanan oleh FA England akibat membuat kenyataan bersifat rasis terhadap rakan sepasukannya Son Heung-min.
Presiden Paraguay dimasukkan ke hospital, sakit dada semasa Sidang Kemuncak G20
Santiago Pena dikejarkan ke hospital pada Selasa selepas mengalami sakit dada.
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
Kerajaan tak tutup platform media sosial yang gagal dapat lesen - Fahmi Fadzil
Pelesenan itu tidak terpakai kepada individu, sebaliknya hanya kepada penyedia platform seperti Facebook, Whatsapp, serta Instagram.
Selangor cadang lima peratus dana rizab persekutuan diberi kepada negeri-negeri
Kerajaan negeri Selangor mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan lima peratus daripada dana rizab persekutuan untuk diberikan kepada kesemua negeri.
Jerebu: Keputusan KL Marathon 2013, diteruskan atau tidak Khamis ini
Keputusan sama ada Standard Chartered KL Marathon 2013 yang dijadual Ahad ini ditangguhkan atau tidak akan ditentukan Khamis ini.