Jenazah pelumba CP150, Norizman Ismail yang maut selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi ujian masa pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, semalam, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan di sini.
Bapa mertua Allahyarham, Raduan Ahmad, 64, berkata jenazah Norizman, 32, pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing, tiba dikediamannya pada pukul 7.20 pagi dan akan disembahyangkan di surau Taman Nuri Bayu 2, dekat sini, sebelum dikebumikan sebelum Zohor.
Arwah yang memulakan karier di Cub Prix pada 2004 dan merangkul gelaran juara kelas perdana sebanyak dua kali pada 2005 dan 2001, meninggalkan seorang isteri, Nurul Aida Raduan, 27, dan tiga orang anak.
"Arwah memang seorang yang sentiasa berusaha, kalau sekadar pengalaman sahaja dia tidak akan capai satu kejayaan," kata Raduan, yang juga pembimbing pelumba pasukan itu, kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Selain Norizman, beliau juga sebelum ini pernah melatih pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan beberapa pelumba cub prix lain seperti Zamri Baba dan Azlan Shah Kamaruzaman.
" Walaupun pasukan ini baru ditubuhkan setahun setengah tetapi telah menunjukkan prestasi membanggakan dan dengan adanya arwah dalam pasukan ini, dialah yang membimbing pelumba-pelumba muda ini.
Raduan dalam pada itu menyifatkan menantunya itu merupakan seorang pelumba yang mempunyai semangat kental dan bercita-cita tinggi dalam setiap perlumbaan yang disertainya.
Norizman disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 4.50 petang ketika mendapatkan rawatan di hospital di Kemaman.
Allahyarham mengalami kecederaan parah selepas terjatuh di selekoh pertama pada sesi ujian tersebut.
Berikutan insiden itu, penganjur Safe Aim Mutual Sdn Bhd., membatalkan perlumbaan yang dijadualkan hujung minggu ini sebagai tanda hormat kepada pelumba itu.
Sementara itu, Pengurus pasukan ONEXOX TKKR, Alizan Tambi menyifatkan arwah sebagai seorang yang berdisiplin dan mempunyai komitmen tinggi dalam sukan permotoran.
"Komitmen beliau memang kita tak nafikan dan dia akan membuat sesuatu untuk mencapai kemenangan. Beliau seorang pelumba yang mempunyai semangat jitu untuk memenangi apa-apa kejohanan yang disertai," katanya dalam nada sebak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017

Allahyarham Norizman mengalami kecederaan parah selepas terjatuh di selekoh pertama pada sesi ujian tersebut. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jenazah pelumba Cup Prix dikebumikan di Sendayan
Jenazah pelumba CP150, Norizman Ismail yang maut selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi ujian semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan.