KUALA LUMPUR: Enam beregu negara dijadual beraksi dalam Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand bermula Rabu ini seperti dijangka berdepan tugas mencabar menerusi pengumuman undian pemain dibuat pada malam tadi.
Pada pengumuman dibuat di Bangkok itu, beregu profesional lelaki negara yang juga Naib Juara Terbuka Australia Ong Yew Sin-Teo Ee Yi diletak dalam Kumpulan A bersama-sama beregu ranking pertama dunia dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.
Menambah cabaran buat gandingan negara yang berada di ranking keempat dunia itu, beregu ranking ketiga dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto selain beregu dari Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho (ke-15) yang turut diundi dalam kumpulan sama.
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula diundi dalam Kumpulan B, menyaksikan gandingan Juara Dunia itu akan mengharungi saingan berdepan beregu ranking keenam dunia dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan
Turut diundi berada di dalam kumpulan itu ialah beregu dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (kelima) selain beregu dari China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi (ke-11).
Bagi saingan beregu wanita pula, juara beregu wanita di Terbuka Perancis Pearly Tan-M Thinaah diundi dalam Kumpulan B bersama dua gandingan kedua-duanya dari China melibatkan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (ranking pertama dunia), Zhang Shuxian-Zheng Yu dan beregu Indonesia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.
Sementara beregu profesional wanita negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien diundi dalam Kumpulan A bersama-sama beregu Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong serta dua beregu Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.
Sementara itu, dua beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing masing-masing diletakkan dalam Kumpulan A dan Kumpulan B.
Dalam Kumpulan A, Soon Huat-Shevon Lai akan bersaing menentang beregu China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong; Thom Gicquel-Delphine Delrue (Perancis) dan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (Indonesia).
Sementara dalam Kumpulan B, Kian Meng-Pei Jing akan bersaing menentang beregu China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping serta dua beregu tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.
Tiada kelibat pemain perseorangan negara termasuk pemain profesional lelaki Lee Zii Jia pada Jelajah Dunia ini yang menamatkan musim ini di kedudukan kesembilan dengan 57,680 mata.
Sebanyak 24 kejohanan kelayakan berlangsung di seluruh dunia termasuk 19 Jelajah Dunia BWF, sebelum kejohanan akhir musim di Arena Nimibutr Bangkok itu dari 7 hingga 11 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022

Beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi diletak dalam Kumpulan A bersama beregu ranking pertama dunia dari Jepun. - Foto fail/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Yew Sin-Ee Yi masih mahu rebut tempat di Olimpik
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Terbuka China: Yew Sin-Ee Yi mudah ke suku akhir
Pasangan beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke suku akhir Terbuka China 2024 hari ini.

Badminton Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi teruskan kemaraan ke suku akhir
Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi, terus membawa cabaran negara selepas melakar kemenangan ke atas wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi tewas di suku akhir, cabaran negara berakhir
Cabaran tuan rumah di Terbuka Malaysia 2023 berakhir seawal peringkat suku akhir, selepas harapan terakhir negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tumpas malam ini.

Badminton Terbuka Malaysia: Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi
Beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Kemaraan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii mengejutkan - Boon Heong
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir buat beregu negara
Beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi diletak dalam Kumpulan A bersama-sama beregu ranking pertama dunia dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Terbuka Australia: Yew Sin-Ee Yi gagal akhiri kemarau gelaran
Pasangan beregu profesional badminton Malaysia Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, gagal dalam usaha mereka untuk mengakhiri kemarau memenangi sebarang gelaran selama dua tahun.

Badminton Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi ke suku akhir, singkir juara Olimpik
Beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menceriakan kem badminton negara apabila mengesahkan tempat ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022.

All England: Yew Sin-Ee Yi, Liew Daren, layak ke pusingan kedua
Pasangan beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan perseorangan lelaki Liew Darren, bermula dengan baik pada Kejohanan Badminton All England 2022.