KUALA LUMPUR: Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan mencatat kemenangan selesa selepas menewaskan Kelantan FC 5-1 pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk mencetak jaringan selepas penyerang prolifik dari Brazil Bergson Da Silva tenang menyudahkan percubaan dalam situasi satu lawan satu berdepan penjaga gol Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi pada minit ketujuh.
Penyerang import baharu JDT Heberty Fernandes memastikan skuad bimbingan Esteban Solari selesa mendahului selepas meledak dua gol mudah dalam tempoh sembilan minit masing-masing pada minit ke-15 dan minit ke-24 sekali gus menyaksikan Kelantan semakin tertekan.
Skuad The Red Warriors cuba bangkit mengurangkan defisit jaringan dengan beberapa gerakan namun gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan lawan, sebaliknya JDT melebarkan penguasaan menerusi jaringan keempat oleh pemain pertahanan Shahrul Mohd Saad pada minit ke-50.
JDT menambah duka tuan rumah apabila meledak jaringan kelima hasil rembatan dari jarak dekat Muhammad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-67 sebelum Kelantan berjaya mendapatkan gol sagu hati menerusi percubaan dari luar kotak penalti Mohamad Khala'If Mohd Naskam pada minit ke-85.
Keputusan itu menyaksikan Kelantan berdepan tugas berat pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor pada 19 Ogos ini.
Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, jaringan hatrik penyerang import Ivan Mamut memastikan Terengganu FC menundukkan pendahulu Liga M3, Kuala Lumpur Rovers FC (KL Rovers) 4-0 sekali gus membawa bekalan selesa ke pertembungan kedua di Kuala Nerus, Terengganu 18 Ogos ini.
Pemain import dari Croatia berusia 26 tahun itu meletakkan skuad Penyu mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan pada minit ke-18 dan masa kecederaan selepas menyempurnakan hantaran rakan sepasukan Sony Norde.
Norde sekali lagi memainkan peranan penting dalam gerakan serangan Terengganu selepas hantarannya disempurnakan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob@Engku Azman pada minit ke-52 untuk gol ketiga pasukan sebelum Mamut melengkapkan hatrik pada minit ke-67.
Dalam pada itu, jaringan pada masa kecederaan babak kedua oleh pemain gantian Muhamad Baqiuddin Shamsudin menyelamatkan maruah Sri Pahang FC untuk merakam kemenangan tipis 3-2 ke atas satu lagi wakil Liga M3, Harini FT di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Negeri Sembilan.
Terdahulu, pasukan tuan rumah bangkit daripada ketinggalan menerusi gol Muhammad Fikri Mohamed Shah pada minit ke-59 dan bekas penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha (minit ke-74) selepas David Rowley dan Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak masing-masing meletakkan skuad Tok Gajah di depan pada minit ke-20 dan minit ke-54.
Sri Pahang akan melayani kunjungan Harini FT di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 20 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Muhammad Nazmi (kanan) diasak pemain Kelantan FC dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, malam tadi. --fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

JDT calar ego Pohang Steelers, layak bergaya ke pusingan 16 ACL Elite
JDT menamatkan saingan kumpulan Zon Timur pada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata, selepas merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas dua kali.

ACLE: Hotel Pohang Steelers diganggu, balingan mercun tanda perang psikologi?
Persiapan lawan dilaporkan terjejas ekoran didakwa diganggu oleh balingan mercun di sekitar hotel penginapan di Johor Bahru.

ACLE: Pohang Steelers tidak gentar 'lautan merah-biru' banjiri SSI
Arkitek Pohang, Han Chan-hee, menjelaskan rakan sepasukannya dalam keadaan bersedia sepenuhnya bagi berhadapan kegamatannya lebih daripada 30,000 penyokong JDT esok.

ACLE: JDT hidangkan kesebelasan terbaik hadapi Pohang Steelers
Pertahanan JDT, Matthew Davies, melaungkan amaran bahawa Pohang Steelers bakal berdepan skuad yang berbeza berbanding pertemuan terakhir mereka pada 2021.

Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.

ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.