JURULATIH Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, tidak terkilan dengan sikap dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan dan Fazly Mazlan, yang tiba-tiba pulih daripada kecederaan masing-masing.
Kim Swee ketika mengumumkan senarai 24 pemain untuk aksi persahabatan menentang Indonesia tempoh hari, mengesahkan Izham dan Fazly terpaksa diketepikan pada saat-ssat akhir.
Keputusan itu diambil selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima laporan pengurusan JDT bahawa kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan dan dikatakan memerlukan rehat panjang.
Begitupun, Izham dan Fazly kelihatan bebas daripada sebarang kecederaan apabila berlatih bersama kelab mereka, semalam.
IKim Swee yang diminta mengulas perkembangan itu, berkata itu terpulang kepada pihak JDT.
"Apabila mereka berlatih dengan pasukan JDT, mungkin mereka sudah pulih sepenuhnya ataupun belum.
"Jadi, di pihak FAM, kami tidak mempunyai masalah apa yang mereka lakukan.
"Yang penting kami telah berkomunikasi antara satu sama lain," katanya dalam sesi latihan pasukan kebangsaan hari ini.
Beliau enggan terlalu memikirkan isu itu kerana keputusan untuk menggantikan Izham dan Fazly sudah dibuat.
Pengendali berusia 46 tahun itu sebaliknya mahu memberi sepenuhnya tumpuan untuk membentuk skuad ampuh bagi menghadapi skuad Garuda di Solo nanti.
"Saya masih mencuba lagi beberapa posisi di mana saya perlu melihat dengan lebih teliti lagi siapa yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama."
Astro Arena
Fri Sep 02 2016

KIM SWEE: Jadi, di pihak FAM, kami tidak mempunyai masalah apa yang mereka lakukan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.

Ferdy Druijf pemain warisan baru dari Belanda perkuat Harimau Malaya?
Nama Ferdy Druijf menjadi bualan hangat dengan pemain berusia 26 tahun itu dijangkakan pemain dari Belanda yang akan memperkuatkan Harimau Malaya.

Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.