KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa khabar gembira buat peminat bola sepak tempatan apabila berpotensi beraksi dalam saingan Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) 2025.
Ia selepas badan induk antarabangsa itu menyenaraikan skuad Harimau Selatan antara 12 kelab terbaik Asia untuk bersaing merebut slot ke saingan yang juga dikenali Mundial de Clubes FIFA, dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat pada 2025.
Berdasarkan senarai berkenaan, JDT berada di ranking ke-11 dalam kalangan pasukan Asia dengan mengutip 38 mata di belakang kelab Iran Persepolis FC di tempat ke-10 dan Daegu FC dari Korea Selatan di tempat ke-12 manakala Al Hilal FC dari Arab Saudi mengungguli carta kedudukan dengan 97 mata.
Empat slot diperuntukkan untuk benua Asia, iaitu tiga pemenang pertandingan kelab peringkat tertinggi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Liga Juara-Juara AFC dan satu slot menerusi ranking dalam pertandingan itu.
Pemenang Liga Juara-Juara AFC 2021 Al Hilal SFC dan juara edisi 2022 Urawa Red Diamonds dari Jepun telah mengesahkan slot mereka untuk kejohanan yang dijadualkan pada 15 Jun hingga 13 Julai itu.
Kedua-dua kelab itu akan disertai pemenang Liga Elit Juara-Juara AFC 2023/24 yang dijenamakan semula, kelab di ranking terbaik tidak termasuk tiga juara, untuk mencabar kelab terbaik dari enam konfederasi benua pada 2025.
Peluang agak tipis buat JDT walaupun muncul juara Liga Super sebanyak 10 kali, juara Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih, apabila sekadar menduduki tempat ketiga kumpulan dalam saingan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC musim ini.
Selain empat pasukan kelab Asia, pertandingan itu juga akan menampilkan kelab Oceania, empat dari Afrika, empat kelab dari konfederasi Utara, Amerika Tengah dan Caribbean, enam dari Amerika Selatan dan 12 dari Eropah, termasuk pemenang Liga Juara-Juara UEFA Chelsea, Real Madrid dan Manchester City.
President FIFA Gianni Infantino berkata Piala Dunia Kelab menjadi pertandingan terbuka berdasarkan merit sukan yang akan memainkan peranan penting sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan bola sepak benar-benar global.
"Kelab memainkan peranan asas dalam bola sepak dunia, dan Piala Dunia Kelab FIFA 2025 akan menjadi mercu tanda utama dalam menyediakan kelab dari semua konfederasi untuk menyinar di peringkat tertinggi," katanya.
Berikutan Piala Dunia Kelab akan berlangsung setiap empat tahun bermula 2025, Piala Antara Benua FIFA akan diadakan setiap tahun bermula 2024, dengan pemenang play-off antara benua dalam kalangan kelab dari konfederasi lain akan berdepan pemenang Liga Juara-Juara UEFA pada pusingan akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023

FIFA menyenaraikan skuad Harimau Selatan antara 12 kelab terbaik Asia untuk bersaing merebut slot ke saingan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.

FIFA iktiraf JDT antara berpotensi ke Piala Dunia Kelab 2025
FIFA menyenaraikan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai antara 12 pasukan yang berpotensi untuk melayakkan diri ke saingan Piala Dunia Kelab 2025.

Gemilang City dakap trofi kelima
City yang dibimbing Pep Guardiola sudah memiliki koleksi trofi EPL, Piala FA, Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA tahun ini.

'Peluang sekali seumur hidup' - Pep Guardiola
City dalam misi menjadi kelab Inggeris keempat untuk menjulang kejuaraan Piala Dunia Kelab.

Arab Saudi dipilih tuan rumah Piala Dunia Kelab hujung tahun ini
FIFA memberikan gelaran tuan rumah kepada Arab Saudi bagi penganjuran Piala Dunia Kelab hujung tahun ini.

Piala Dunia Kelab: Real Madrid julang trofi kelima
Valverde meledak dua gol di Stadium Prince Moulay Abdellah di Maghribi ketika Madrid menewaskan juara Arab Saudi, Al Hilal, 5-3.

Piala Dunia Kelab: Real intai gelaran dunia buat kali kelima
Kualiti cemerlang Real memastikan mereka melakukan pehitungan final dengan Al-Hilal di final Sabtu ini.

Chelsea juara Piala Dunia Kelab
The Blues tampil lebih agresif akhirnya di depan apabila mendahului pada minit ke-55 menerusi tandukan Romelu Lukaku.

Enam gelaran Bayern istimewa buat seluruh bola sepak
Bayern mengatasi juara CONCACAF, Tigres UANL 1-0 di Qatar awal pagi tadi bagi menjuarai gelaran Piala Dunia Kelab buat kali kedua.

Real Madrid juara Piala Super Sepanyol
Courtois dan Jan Oblak masing-masing beraksi cemerlang untuk memastikan gawang tidak dibolosi sepanjang tempoh permainan sebenar.