MAN CITY 4 FLUMINENSE 0
Manchester City membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila mendakap trofi Piala Dunia Kelab setelah menumpaskan Fluminense 4-0 dari Brazil dalam aksi final di Jeddah awal pagi Sabtu.
Kejayaan itu sekali gus menyempurnakan musim gemilang The Citizens menerusi gelaran kelima pada musim ini.
City yang dibimbing Pep Guardiola sudah memiliki koleksi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA, Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA tahun ini.
Kemenangan itu menjadikan Guardiola pengurus pertama mengemudi tiga kelab berbeza memenangi Piala Dunia Kelab, menang bersama Barcelona pada tahun 2009 dan 2011 kemudian Bayern Munich pada 2013.
Kapten City, Kyle Walker menyifatkan kejayaan merangkul trofi itu sebagai melengkapkan musim penuh menakjubkan sekali gus mengesahkan status sebagai kelab terbaik dunia ketika ini.
"Memenangi lima trofi terbesar ini sebagai sesuatu yang luar biasa. Saya bangga untuk menjadi sebahagian daripada skuad ini.
"Sejujurnya ia satu penghormatan untuk bermain di samping rakan sepasukan ini, saya tidak boleh tuntut lebih lagi daripada mereka.
"Ia terlalu sukar untuk menang secara konsisten, jadi untuk berdiri di sini dengan menang lima kejuaraan sangat istimewa dan satu pencapaian besar," katanya.
Dalam aksi itu, Julian Alvarez meledak jaringan paling pantas apabila hanya memerlukan 40 saat selepas sepak mula untuk mencetak gol setelah dia menyudahkan bola muntah penjaga gol, Fabio yang menumbuk keluar percubaan jarak jauh Nathan Ake.
The Citizens mengandakan gol selepas Nino menyumbat gol sendiri pada minit ke-27 apabila dia tertampan masuk rembatan Phil Foden.
Foden memastikan lawan tidak mampu bangkit dengan gol ketiga pada minit ke-72, Alvarez kemudian mengesahkan kemenangan City apabila menghasilkan jaringan keempat pada minit 88. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 23 2023
Pemain Manchester City Kyle Walker beraksi ketika perlawanan akhir Piala Dunia Kelab antara Manchester City dan Fluminense di King Abdullah Sports City, Jeddah, Arab Saudi, 22 Dis 2023. - REUTERS
Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
Daerah Beaufort dan Tambunan masing-masing diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.
Pantau Agenda Reformasi: Rancangan Trump untuk Gaza melampaui batas?
Bersama Mohd Asyraf Mohd Farique, Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute membincangkan tentang rancangan Trump untuk Gaza melampaui batas.
Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.
Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".
ASEAN 2025 | 7 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).
Latihan TVET homestay diperkenal sokong kepengerusian ASEAN 2025, TMM 2026 - Ahmad Zahid
Kursus khas usahawan dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ‘homestay’ atau inap desa diperkenalkan bagi menyokong Kepengerusian ASEAN 2025 serta persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Kadar pengangguran dalam kalangan individu berumur 15 tahun dan ke atas, berkurangan kepada 1.63 juta daripada 1.66 juta yang dicatatkan pada November 2024.
Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
Pelarian Myanmar di Thailand menderita, AS beku bantuan kesihatan
Sekumpulan doktor dan jururawat Thailand berusaha menyelamatkan seorang pelarian Myanmar berusia 86 tahun, Adabi, di Hospital Tha Song Yang, Thailand.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).
Man City lengkapkan pembelian Omar Marmoush dari Eintracht Frankfurt
Manchester City telah melengkapkan pembelian penyerang Mesir, Omar Marmoush daripada Eintracht Frankfurt, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
Guardiola rai kontrak baru Erling Haaland sebagai luar biasa
Pep Guardiola melaungkan pujian terhadap keputusan Erling Haaland yang menandatangani kontrak jangka panjang baharu di Manchester City.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
Guardiola sahkan Walker dibenar tinggalkan Man City, hijrah luar negara
Pep Guardiola mengesahkan bahawa pemain pertahanan veteran England, Kyle Walker, telah meminta untuk berhijrah ke luar negara.
Piala FA: Manchester City belasah Salford City
Perlawanan berlangsung di Stadium Etihad menyaksikan penguasaan anak buah Pep Guardiola ke atas pasukan pelawat bimbingan Karl Robinson.
Kelincahan Savinho pastikan Manchester City kembali memukau
The Citizens memulakan 2025 dengan kemenangan selesa di Stadium Etihad, meraih kemenangan berturut-turut EPL.
Manchester City temui semula rentak kemenangan
Dua jaringan mengesahkan kemenangan pertama City dalam lima perlawanan liga dan kedua dalam 14 perlawanan semua pertandingan musim ini.