KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei mahu pemain badminton negara tidak hilang keyakinan dengan prestasi masing-masing, susulan 'pulang awal' pada saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.
Beliau berkata kekalahan 2-3 kepada juara bertahan China pada pusingan suku akhir, kini perlu dialihkan kepada saingan Piala Sudirman di Suzhou, China, Mei depan.
"Sekarang kita mahu pulih balik bukan senang kerana China memang paling kuat pada Piala Sudirman, tapi kali ini dia bukan hantar pasukan penuh, jadi kita kena teliti semula.
"Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kena buat satu perbincangan di masa akan datang mengenai acara berpasukan dan buat satu persiapan terbaik untuk lawan sampai ke final," katanya ketika ditemui.
Menurutnya, barisan atlet sedia ada perlu kembali mencari rentak kemenangan supaya keyakinan itu terus menjadi pembakar semangat serta bekalan dalam kejohanan akan datang.
"Saya buat 'comeback' masa Sudirman Cup di China sebelum ini, di mana saya paksa diri supaya jangan kalah satu match, itu cara saya dapatkan kembali keyakinan.
"Latihan dan pertandingan adalah berbeza kerana pihak lawan juga berbeza. Perkara ini penting untuk kerjaya atlet," katanya.
Kekalahan Malaysia di BAMTC bukanlah satu topik baharu, memandangkan ia kekalahan ketiga skuad negara di pusingan suku akhir sepanjang rekod penganjuran kejohanan itu diadakan pada 2017 di Hanoi, Vietnam dan seterusnya di Hong Kong (2019).
Edisi 2021 di Wuhan, China penganjuran kejohanan itu dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.
Malaysia menamatkan kempen Kumpulan B sebagai naib johan setelah tewas kepada juara Piala Thomas India, 1-4, pada Khamis.
Sebelum itu, skuad negara menang 5-0 ke atas tuan rumah UAE dan Kazakhstan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei mahu pemain badminton negara tidak hilang keyakinan dengan prestasi masing-masing. - Gambar fail
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.
Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia.
Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.
Masters Indonesia: Pilihan kedua, Pearly Tan-M Thinaah bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Pasangan ranking ketujuh dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-19, 21-16.