Paling terasa dengan situasi ini adalah pemain Johor Darul Takzim FC (JDT FC), memandangkan lima pemain dari pasukan tersebut tersenarai dalam kesebelasan utama, manakala dua lagi dalam senarai pemain simpanan.
Cakap-cakap belakang yang menyalahkan pemain JDT nampaknya kurang menyenangkan presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atau mesra disapa TMJ, yang dengan tegas mahukan penyokong berhenti menyalahkan pemainnya.
Baginda juga tidak teragak-agak untuk tidak lagi membenarkan pemain JDT beraksi untuk skuad negara jika situasi salah-menyalahkan itu berterusan.
Di laman sosial, netizen nampaknya menyokong penuh pendirian TMJ itu. Kebanyakan mereka percaya, prestasi buruk skuad negara perlu dinilai dari peringkat akar umbi.




Ada juga yang meminta agar perkara tersebut tidak diperbesarkan dan TMJ perlu lebih tenang dalam menangani isu ini.

Kekalahan kepada Palestin dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 itu mengulangi mimpi buruk tewas kepada Oman dalam aksi persahabatan Mac lalu, dengan jumlah jaringan yang sama.\
BACA: Jangan guna pemain JDT wakili Harimau Malaya - TMJ