PENYANDANG tali pinggang Lightweight, Islam Makhachev berkata Dustin Poirier memerlukan elemen tuah untuk mengalahkannya pada pertarungan UFC 302.
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
Khabib yang bersara pada 2020 selepas kematian tragis bapanya, Abdulmanap akibat jangkitan COVID-19 akan berada di penjuru kem Islam bersama ketua jurulatih mereka, Javier Mendez.
Menurut Islam, dia tidak gentar dengan tumbukan tangan kanan Poirier yang terbukti 'menidurkan' lawan dalam pertarungan UFC sebelum ini.
Malah, Islam percaya Poirier juga tidak mampu mengalahkannya menggunakan gilotin kerana teknik tersebut juga gagal menewaskan Khabib di UFC 242 pada 2019.
“Dustin petarung yang bagus tapi kami tidak sama taraf. Kalau diikutkan, saya hanya perlu jalan pintas untuk menang iaitu menggunakan gusti kerana dia tidak mempunyai teknik gusti yang bagus.
“Tapi saya mahu membuktikan kepada semua orang bahawa saya juga mempunyai 'senjata' lain dan tidak bergantung kepada gusti semata-mata.
“Apa pun, saya sudah sediakan kejutan buat Dustin. Mungkin tumbukan KO atau mungkin juga gilotin, kita tunggu dan lihat,” ujar jaguh Dagestan itu.
Islam mempertahankan tali pinggang Lightweight buat kali ketiga jika menang di UFC 302, manakala Poirier pula mungkin bersara tanpa mengira keputusan yang bakal diraihnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 01 2024

Pengulas UFC, Jon Anik (tengah) terpaksa menenangkan Islam yang berang selepas Poirier menggunakan kata-kata kesat ketika berhadapannya di atas pentas pada sidang media UFC 302 di Newark, New Jersey. Foto: Agensi/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PFL: Usman Nurmagomedov kekal juara lightweight Bellator
Usman Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight dunia Bellator selepas menewaskan Paul Hughes dari Ireland dalam Siri Juara-juara PFL 'Road to Dubai'.

Majlis Hubungan Amerika-Islam tuntut siasatan, keadilan isu Khabib-Frontier
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) memberikan sokongan penuh kepada bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, yang dihalau keluar daripada Frontier Airlines.

Tindakan Frontier berkelakuan kasar terhadap Khabib makan diri
Khabib dikatakan diarah mengubah tempat duduk hanya kerana rungutan seorang wanita yang tidak senang dengan kehadirannya secara berdekatan.

Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib Nurmagomedov membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.

Khabib Nurmagomedov bakal buka gim di Johor
Pembukaan gim itu merupakan tanda komited Kerajaan Negeri Johor dalam pembangunan fasiliti sukan bertaraf dunia.

PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight iaitu Khabib Nurmagomedov.

Mat Sabu teruja bertemu Khabib
Mohamad sempat berbual dengan Khabib mengenai semangat perjuangan disiplin dan tekad yang kuat.

Khabib pelawa Jojo berlatih di Dagestan
Khabib Nurmagomedov mempelawa jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali Zulfikar untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.

Jualan tiket 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' capai lebih 50 peratus
Lebih 50 peratus tiket 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' telah terjual sebelum legenda seni bela diri campuran (MMA) yang diberi julukan 'The Eagle' itu membuat penampilan istimewa di WTCKL.

Khabib bakal menemui peminat di Malaysia bulan depan
Legenda seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov mengumumkan akan menemui peminat-peminatnya di Malaysia pada 29 September depan di ibu negara.