Kebangkitan yang menakjubkan.

Itulah reaksi awal ketua jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim selepas pasukannya mara ke pusingan keua Piala FA selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 menerusi sepakan penalti pada Jumaat.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat 120 minit masa permaian dan masa tambahan.

Lebih manis, bekas juara lima kali ini turut meraih kemenangan tanpa kelibat beberapa pemain tonggak.

"Saya tidak dapat menurunkan lima atau enam pemain utama saya tetapi pemain-pemain lain yang diturunkan telah memberikan satu persembahan yang baik," kata Irfan.

Pengendali ATM, B.Satianathan pula akur dengan kekalahan di tangan Selangor.

"Saya berpuas hati dengan pemain-pemain saya walaupun kita kalah melalui penalti," tambah Satianathan.

Kini, bekas pengendali kebangsaan ini akan memantapkan lagi pasukannya dalam tempoh tiga minggu rehat Liga Super.

Beliau optimis kekalahan awal di saingan Piala FA mampu memberi hikmah buat pasukannya.