KUALA LUMPUR: Selepas kira-kira sembilan bulan membimbing Lee Zii Jia sebagai pemain profesional, Indra Wijaya tidak lagi bersama pemain nombor dua dunia itu yang mahu bergerak tanpa jurulatih.
Indra, 48, berkata keputusan tersebut dicapai ketika perbincangan antara beliau bersama jaguh perseorangan lelaki negara itu pada Jumaat lepas.
"Zii Jia mahu meneruskan perjalanannya sebagai pemain independent (profesional) dengan bermain tanpa jurulatih. Kita telah berbincang dengan baik dan saya hormati keputusannya.
"Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau untuk kariernya. Satu pelajaran dan pengalaman yang bagus bersama beliau, anda boleh melihat pencapaian yang diperoleh selama ini serta naik turun kami bersama," katanya ketika di hubungi Bernama.
Pemenang pingat gangsa Piala Dunia 1997 kelahiran Indonesia itu, yang telah pulang bertemu keluarganya di Jakarta, kini terbuka untuk menerima mana-mana tawaran baharu.
"Setakat ini belum ada apa-apa perancangan (mengenai masa depan) kerana keputusan itu diambil secara tiba-tiba tetapi saya terbuka dan sedia menerima apa-apa tawaran menjadi jurulatih. Kepakaran saya memang dalam perseorangan, tidak kira lelaki atau wanita," katanya.
Indra beraksi untuk Indonesia pada era 1995 hingga 2000 dengan mencapai ranking terbaiknya keempat dunia serta menjuarai Piala Thomas 1998, sebelum mewakili Singapura bermula 2001.
Beliau kemudian memulakan kariernya sebagai jurulatih di akademi milik adiknya, iaitu pemenang emas beregu lelaki Sukan Olimpik 2000 Candra Wijaya, dan seterusnya sebagai jurulatih perseorangan lelaki Korea Selatan.
Indra dilantik sebagai jurulatih skuad junior lelaki di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 2016, dengan Zii Jia, Iskandar Zulkarnain, Goh Soon Huat, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei adalah antara pemain digilapnya sebelum menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih perseorangan wanita pada 2020.
Pada Februari lepas, Indra meninggalkan BAM untuk membimbing Zii Jia yang terlebih dahulu 'angkat kaki' dari BAM untuk bergerak sebagai pemain profesional.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
Indra Wijaya (kanan) kini tidak lagi bersama pemain nombor dua dunia itu yang mahu bergerak tanpa jurulatih.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Deklarasi Kuala Lumpur komitmen penjawat awam sokong penuh agenda reformasi - KSN
Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam.
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou
Lee Zii Jia bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.