Dalam saingan suku akhir di Energia Areena, Vantaa, Finland, Zii Jia yang juga pemain keempat dunia nyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Keputusan itu menyaksikan Zii Jia kecundang dalam ketiga-tiga pertemuan menentang Watanabe.
Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan wakil Taiwan, Chang Ching Hui-Yang Ching Tun 21-8, 21-18 dalam masa 32 minit.
Cabaran getir menanti Pearly-Thinaah iaitu pilihan kedua kejohanan dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dalam misi ke final hari ini.
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula disingkirkan pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam pertarungan sengit 17-21, 21-16, 17-21.
-- BERNAMA