Selepas terlepas enam pusingan perlumbaan, pelumba Moto2 Malaysia Khairul Idham Pawi, akan kembali beraksi pada Grand Prix Czech yang akan berlangsung di Litar Automotodrom Brno, hujung minggu ini.
Khairul Idham yang dikenali sebagai Super KIP, terpaksa berehat dari menyertai perlumbaan sebelum ini, bagi membolehkan beliau pulih daripada kecederaan tangan yang dialaminya di Grand Prix Sepanyol pada Mei.
Pelumba Petronas Sprinta Racing Team berusia 20 tahun itu yang mengemari litar Brno, telah memperolehi keputusan yang baik pada perlumbaan sebelum ini di litar itu, berharap akan dapat mengejar semula kedudukannya, dengan memperolehi mata perlumbaan pada Ahad.
"Pemulihan berjalan dengan baik, namun jari saya masih belum 100 peratus pulih dari segi kekuatan atau kelenturan.
"Kami berusaha untuk bersedia secepat mungkin, dan saya bekerja keras dengan fisioterapi saya bagi memastikan ia akan menjadi lebih baik tidak lama lagi.
"Ia belum pulih sepenuhnya, tetapi ia bukan satu masalah untuk menunggang dan saya semakin kuat setiap hari.
"Saya suka litar Brno kerana ianya mempunyai banyak selekoh laju dan saya mempunyai kenangan yang baik pada kedua-dua Moto2 dan Moto3, jadi saya akan mencuba sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pelumba kelahiran Perak itu menetapkan sasaran untuk kekal 15 terbaik, kerana beliau tahu sukar untuk beliau menduduki tempat lebih baik selepas ketinggalan enam pusingan perlumbaan.
"Sasaran saya adalah untuk kekal di kedudukan 15 terbaik, kerana saya ketinggalan banyak pusingan, jadi agak sukar untuk mengejar kedudukan lebih baik dengan pelumba lain berlumba secara terus, manakala saya tidak berlumba.
"Sokongan daripada pasukan, keluarga dan peminat saya amat penting, dan ia memberikan saya motivasi. Saya perlu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Doktor Mir dan pasukannya kerana mereka telah lakukan yang terbaik, menyelamatkan jari saya," katanya.
Aksi Moto2 di Litar Automotodrom Brno bermula Jumaat (2 Ogos) pada 10:55 pagi waktu tempatan (4.55 petang waktu Malaysia) dengan perlumbaan pada Ahad 12.30 tengah hari waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 31 2019

KHAIRUL IDHAM: Sokongan daripada pasukan, keluarga dan peminat saya amat penting, dan ia memberikan saya motivasi. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pertukaran enjin jejas peluang Hafizh raih kedudukan lebih baik di Brno
Hafizh bergelut untuk bersaing dengan pelumba di kelompok hadapan memandangkan enjin yang digunakan pada perlumbaan kali ini begitu berbeza.

Super KIP bersemangat walau pelepasan ke Sepanyol ditunda
Pelumba itu mengakui teruja untuk beraksi di Litar Jerez, Sepanyol dan berharap keputusan mengenai status pelepasan mereka ke negara itu dapat diketahui secepat mungkin.

COVID-19: MotoGP Sepanyol ditangguh
Dorna Sports turut mengumumkan perlumbaan pembuka tirai Enei FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE di Litar Jerez-Angel Nieto juga ditunda.

Idham Pawi kembali beraksi di Moto2 di Grandprix Czech
Khairul Idham terpaksa berehat dari menyertai perlumbaan sebelum ini, bagi membolehkan beliau pulih daripada kecederaan tangan yang dialaminya di Grand Prix Sepanyol pada Mei.

Khairul Idham Pawi terlepas peluang beraksi GP Sepanyol kerana kecederaan jari
Khairul Idham dari Petronas Sprinta Racing kemalangan ketika melalui Selekoh 5 dengan berbaki tiga belas minit pada sesi latihan bebas di Litar Jerez-Angel Nieto pada Jumaat.