Pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi terlepas peluang untuk beraksi pada perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol hujung minggu ini selepas jari kelingking tangan kanannya retak.
Khairul Idham dari Petronas Sprinta Racing kemalangan ketika melalui Selekoh 5 dengan berbaki tiga belas minit pada sesi latihan bebas di Litar Jerez-Angel Nieto pada Jumaat.
Dia digegaskan ke Pusat Perubatan di litar sebelum disahkan tidak cergas untuk meneruskan perlumbaan.
Pelumba kelahiran Perak berusia 20 tahun itu kemudian segera dipindahkan ke Hospital Virgen del Rocio di Seville sebelum diterbangkan ke Barcelona untuk menjalani pembedahan.
Pengarah Petronas Sprinta Racing Team, Johan Stigefelt menyifatkan Khairul Idham dirundung malang apabila dia bermula dengan garang dan untuk berada di posisi keenam pada satu ketika semasa sesi latihan bebas.
"Nasib Khairul Idham amat malang hari ini. Dia memulakan saingan dengan baik - catatannya selepas menamatkan pusingan pertama adalah lebih pantas daripada yang pernah dicatatkannya pada perlumbaan hujung minggu di sini.
"Beliau beraksi dengan baik di atas trek dan bersedia untuk pusingan keenam apabila terlibat dalam kemalangan.
"Malangnya, jari kelingking tangan kanannya, jadi dia perlu dipindahkan ke hospital di Seville untuk menerima rawatan lanjut.
"Dia akan menjalani pembedahan pagi esok di Barcelona, kami akan memaklumkan perkembangannya kemudian.
"Saya bersimpati dengan keadaannya dan juga pasukan tetapi kami sentiasa memberi sokongan kepadanya dan mendoakan semoga dia segera sembuh." katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Fabio Quartararo yang mewakili Petronas Yamaha SRT membuat permulaan yang baik pada hari pembukaan MotoGP Sepanyol pada Jumaat selepas menduduki tempat 10 teratas.
Quartararo menduduki tangga kelapan dengan catatan 1 minit 38.209 saat sementara rakan sepasukannya Fraanco Morbidelli berada di tempat kesebelas dengan masa 1:38.478s.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2019
Khairul Idham akan menjalani pembedahan di Barcelona pada pagi Ahad. --fotoBERNAMA/Fail
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.
Pertukaran enjin jejas peluang Hafizh raih kedudukan lebih baik di Brno
Hafizh bergelut untuk bersaing dengan pelumba di kelompok hadapan memandangkan enjin yang digunakan pada perlumbaan kali ini begitu berbeza.
Super KIP bersemangat walau pelepasan ke Sepanyol ditunda
Pelumba itu mengakui teruja untuk beraksi di Litar Jerez, Sepanyol dan berharap keputusan mengenai status pelepasan mereka ke negara itu dapat diketahui secepat mungkin.
COVID-19: MotoGP Sepanyol ditangguh
Dorna Sports turut mengumumkan perlumbaan pembuka tirai Enei FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE di Litar Jerez-Angel Nieto juga ditunda.
Idham Pawi kembali beraksi di Moto2 di Grandprix Czech
Khairul Idham terpaksa berehat dari menyertai perlumbaan sebelum ini, bagi membolehkan beliau pulih daripada kecederaan tangan yang dialaminya di Grand Prix Sepanyol pada Mei.
Khairul Idham Pawi terlepas peluang beraksi GP Sepanyol kerana kecederaan jari
Khairul Idham dari Petronas Sprinta Racing kemalangan ketika melalui Selekoh 5 dengan berbaki tiga belas minit pada sesi latihan bebas di Litar Jerez-Angel Nieto pada Jumaat.