MISI Bayern Munich untuk kembali dalam kedudukan terbaik Bundesliga, terjejas ekoran kehilangan Mats Hummels yang tidak dapat beraksi dalam pertemuan menentang Werder Bremen, malam ini.
Pertahanan kebangsaan Jerman itu menderita keracunan makanan dan tidak menyertai kunjungan ke Bremen selepas gagal menghadiri sesi latihan, semalam.
Masalah itu juga menyaksikan dia tidak dapat terlibat dalam kemenangan 5-1 Bayern ke atas Benfica dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu.
Rekod Bayern dalam liga domestik kian terumbang-ambing dengan yang terbaru terikat 3-3 dengan Fortuna Dusseldorf yang menjadikan rekod tanpa kemenangan mereka berlanjutan ke tiga perlawanan, hujung minggu lalu.
Juara bertahan itu ketinggalan sembilan mata dibelakang pendahulu, Borussia Dotmund, dan hanya berkelebihan tiga mata ke atas Werder Bremen di tangga ketujuh.
Tekanan yang dihadapi pengendali pasukan, Nico Kovac, bagaimanapun kian berkurangan dengan kembalinya muka-muka utama seperti Kingsley Coman, Thiago Alcantara dan Serge Gnabry yang pulih daripada kecederaan masing-masing.
Astro Arena
Sat Dec 01 2018

ats Hummels tidak dapat beraksi dalam pertemuan menentang Werder Bremen, malam ini.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Hummels terlepas aksi Bayern Munich lawan Werder Bremen
Pertahanan kebangsaan Jerman itu alami keracunan makanan dan tidak menyertai kunjungan ke Bremen selepas gagal menghadiri sesi latihan, semalam.