PHNOM PENH: Atlet taekwondo negara, Muhammad Luqman Haqim Mohd Suhaimi, hampa tidak dapat melunaskan misi membawa pulang emas pada Sukan SEA 2023 selepas tumbang di tangan wakil Filipina, Samuel Thomas Harper, bagi saingan separuh akhir kyorugi lelaki bawah 87 kilogram (kg) di sini, hari ini.
Selepas bermula baik dengan menang pusingan pertama, 10-7, Muhammad Luqman seolah-olah hilang arah sehingga gagal mengekang kebangkitan Samuel yang melancarkan beberapa siri tumbukan dan tendangan yang tepat ke arah dadanya, sekali gus menyaksikannya berputih mata apabila kecundang, 6-9 dan 1-4 pada dua pusingan terakhir di Dewan F, Pusat Konvensyen Chroy Changvar, di sini.
Atlet berusia 22 tahun itu mengakui keghairahannya mengejar mata membawa padah sehingga dirinya hilang konsentrasi dan seterusnya menyaksikan impian merangkul emas sulung pada temasya sukan dwitahunan tersebut berkecai.
Keputusan hari ini menyaksikan Muhammad Luqman berkongsi gangsa dengan Phou Soucheng apabila wakil tuan rumah tumpas kepada peserta Indonesia, Nicholas Armanto dalam satu lagi aksi separuh akhir.
"Pusingan pertama sudah berhabis-habisan, dah buat terbaik kemudian pusingan kedua saya terlalu kejar mata nak menang, masuk pusingan ketiga saya terus kekaburan dan Samuel bangkit.
"Saya akui terlalu selesa ketika mendahului (pusingan pertama) jadi lawan dapat bangkit ... terkilan tak dapat ke final, sasaran di sini nak dapat emas namun tiada rezeki, saya harap dapat buat terbaik pada Sukan SEA seterusnya" katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ini merupakan gangsa kedua Sukan SEA buat Muhammad Luqman selepas meraihnya buat kali pertama pada edisi 2019 di Manila, Filipina.
Sementara itu, seorang lagi atlet taekwondo negara, Sebastian Tan Chung Wan turut menerima nasib serupa selepas tunduk 0-2 kepada Ramnarong Sawekwihareie dari Thailand dalam aksi separuh akhir kyorugi lelaki bawah 54kg.
Sebastian berkongsi gangsa dengan Keston Ghim Weng Pang apabila wakil Singapura itu kalah kepada Kurt Bryan Dela Vega Barbosa dari Filipina dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Semalam kem taekwondo negara bermula cemerlang dengan mengutip dua emas acara poomsae menerusi Nur Humaira Abdul Karim yang mencipta kejutan mengungguli saingan individu wanita dan kejayaannya diteruskan kakaknya, Nurul Hidayah yang bergandingan dengan Jason Loo bagi kategori berpasangan campuran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Keputusan hari ini menyaksikan Muhammad Luqman berkongsi gangsa dengan Phou Soucheng apabila wakil tuan rumah tumpas kepada peserta Indonesia, Nicholas Armanto dalam satu lagi aksi separuh akhir. - Gambar medal.sukipt.com.my
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.