KARIER Jordan Henderson di Arab Saudi mungkin tidak berpanjangan apabila bekas kapten Liverpool itu dikhabarkan mahu beraksi semula di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Henderson meninggalkan Anfield, kelab disertainya selama 12 musim dan menandatangani kontrak tiga tahun dengan Al-Ettifaq Julai lalu.
Perpindahan berprofil tinggi Henderson ke kelab Liga Pro Saudi itu menyaksikan dia menerima gaji lumayan £700,000 (RM4.07 juta) seminggu dengan Liverpool turut menerima £12 juta (RM69.8 juta) ketika kontraknya masih berbaki dua tahun.
Namun, Henderson dikatakan gagal menyesuaikan diri dengan kehidupan di Arab Saudi, malah pemain berusia 33 tahun itu bersedia mempertimbangkan sebarang tawaran dari kelab EPL sepanjang jendela perpindahan pemain yang dibuka semula bulan ini.
Legenda Liverpool, Steven Gerrard memainkan peranan penting meyakinkan Henderson berpindah ke Arab Saudi, namun Gerrard yang dilantik sebagai pengendali Al-Ettifaq kini di bawah tekanan susulan keputusan buruk di liga domestik.
Al-Ettifaq ketika ini menghuni tangga kelapan Liga Pro Saudi dan sekadar bermain di hadapan sekitar 7,800 penyokong di dalam stadium berkapasiti 35,000 orang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 08 2024

Henderson menerima gaji lumayan £700,000 (RM4.07 juta) seminggu di Al-Ettifaq. - Foto Agensi/Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Henderson mahu tinggalkan Al-Ettifaq?
Henderson meninggalkan Anfield, kelab disertainya selama 12 musim dan menandatangani kontrak tiga tahun dengan Al-Ettifaq Julai lalu.

Virgil van Dijk kapten Liverpool baharu selepas Jordan Henderson berhijrah
Pemain berusia 32 tahun itu tiba di Anfield dari Southampton pada 2018 dan telah membuat 222 penampilan.

Henderson tinggalkan Liverpool
Ia sekali gus mengesahkan pemergiannya dari kelab itu selepas 12 tahun di Anfield apabila memuktamadkan perpindahan ke Al-Ettifaq.

Liverpool terima tawaran Al-Ettifaq
Liverpool telah bersetuju dengan perjanjian bernilai 12 juta pound (RM70.7j) selain bonus untuk menjual Jordan Henderson kepada kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq.

Segalanya serba tidak menjadi buat Liverpool - Henderson
Pasukan kendalian Jurgen Klopp mengalami kekalahan keenam di liga utama musim ini.

Piala Dunia: 'Tiada Kane, tiada England di Qatar 2022'
Henderson berkata, Kane akan kembali lebih kuat selepas terlepas sepakan penalti ketika England ditunjukkan jalan keluar.

Euro 2020: Kane pimpin England ke separuh akhir dengan penuh bergaya
England mendahului dalam tempoh empat minit apabila Raheem Sterling bijak melakukan lorongan buat Kane.

Mereka jangka kami kalah lagi, kata Klopp selepas tewaskan Leipzig
Gol daripada Mohamed Salah dan Sadio Mane dalam babak kedua memberikan Liverpool kemenangan untuk menjadikan mereka sebagai pasukan pilihan layak ke suku akhir.

Jordan Henderson dinobat pemain terbaik FWA
Jordan Henderson dinobat sebagai pemain terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) selepas berjaya mengetuai Liverpool muncul juara EPL.

Pengalaman menakjubkan - Henderson
The Reds akhirnya dapat merasai menjulang trofi EPL, hampir sebulan sejak mereka bergelar juara England.