KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini berkongsi satu perkara yang tidak diketahui banyak pihak.

Ahli Parlimen Tenggara itu, melalui perkongsian di akaun TikToknya berkata, sukan merupakan sesuatu yang sangat dekat di hatinya.

Dedah anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu, beliau aktif dalam sukan bola sepak ketika muda dan kerap bermain di posisi penyerang.

“Sukan merupakan sesuatu yang sangat dekat di hati saya. Ramai tak tahu saya adalah ‘striker’ di zaman muda saya.

“Sukan menyatukan kita. Selamat Hari Sukan Negara,” ucapnya.



Perkongsian berdurasi sepuluh saat itu mendapat reaksi positif di kalangan pengikut akaunnya, malah ada yang mengajak ahli politik berusia 59 tahun itu untuk menyertai perlawanan persahabatan bola sepak.

“Kalau ada match veteran, saya akan turun!,” katanya lagi membalas salah satu komen di video tersebut.