KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 Dis ini, kekal seperti musim lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan TFC.
Empat kategori itu adalah General Admission yang menawarkan tiket serendah RM50 dan RM70, Premium Grandstand (RM150) dan VIP Grandstand yang dijual pada harga RM200.
"Penyokong JDT dan TFC akan memiliki pilihan dengan penetapan empat tier harga tiket ini, justeru MFL mengharapkan agar mereka dapat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
"Bagi proses penjualan tiket final Piala Malaysia 2023, MFL seperti mana sebelum ini menyerahkan sepenuhnya urusan itu kepada pasukan finalis bagi memastikan mereka dapat menjual tiket kepada penyokong dengan sistematik dan sama rata," katanya dalam kenyataan MFL hari ini.
Stuart berkata maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak JDT dan TFC dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan TFC. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Konsert solo 'Amy Search Magic' 26 April ini
Selepas 44 tahun bergelar anak seni, penyanyi rock legenda tanah air Datuk Amy Search bakal muncul dengan konsert solo pertamanya 'Amy Search Magic'.

Muzium Negeri Sembilan kenakan bayaran tiket masuk bermula Februari
Muzium Negeri, Negeri Sembilan yang terletak di Kompleks Taman Seni Budaya Seremban akan mula mengenakan bayaran tiket masuk ke galeri pamerannya bermula bulan depan setelah beroperasi lebih 40 tahun.

Piala FA: Penyokong terkejut harga tiket luar biasa
The Lambs akan melayan kunjungan Tottenham bimbingan Ange Postecoglou di The Lamb Ground pada 12 Januari.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Tiket final Piala Asia 2024 serendah RM50 - MFL
Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.

TFC turun harga tiket hargai penyokong
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan menurunkan harga tiket bagi perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC).

Sukma 2024: Syarikat penerbangan diharap tawar harga tiket mampu milik
Inisiatif itu dilihat dapat memberi peluang kepada seluruh masyarakat untuk menyaksikan temasya dwitahunan terbesar berkenaan.

Konsert tema disko satukan Diskoria, Sheila Majid
Diskoria yang dianggotai komposer Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat berazam memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka di Malaysia.

Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.