KUALA LUMPUR: Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024 yang pertama kali dianjurkan di sini hari ini meriah dan berjaya mengumpulkan hampir 2,000 anak-anak Pahang menyertai larian itu.
Larian bermula di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Wan Rosdy berkata program hari ini bersejarah bagi Pahang kerana julung kali dianjurkan selepas penubuhan Sekretariat Perantau Anak Pahang awal bulan ini.
"Alhamdulillah ramai (peserta), saya difahamkan hampir 2,000 anak-anak Pahang yang berada di sekitar ibu kota menyertai Larian Tok Gajah pagi ini, dengan adanya Larian Tok Gajah ini boleh mengeratkan silaturahim anak-anak Pahang yang berada di luar Pahang. Larian antara 5 kilometer (km) ke 7km ini insya-Allah kita akan buat lagi," katanya pada sidang media larian itu di sini pagi ini.
Wan Rosdy berkata selain menganjurkan pelbagai aktiviti, Sekretariat Perantau Anak Pahang turut berperanan sebagai medium untuk memudahkan anak-anak Pahang di luar Pahang mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan semasa negeri itu.
Beliau berkata selain maklumat yang boleh didapati menerusi platform media sosial, anak-anak Pahang yang mahu mendapatkan maklumat secara dua hala boleh ke pejabat Sekretariat Perantau Anak Pahang di Tingkat 6, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024

Peserta bersemangat memulakan larian sempena program Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024 di Dataran DBKL, pagi ini. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiada keperluan wujud menteri khusus masyarakat bukan Islam - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Raub di Dewan Rakyat berkaitan isu itu seharusnya ditolak kerana boleh mencetuskan polemik.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.

Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar.

Bayaran BKK satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam Pahang
Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan BKK sebanyak satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dikreditkan pada tahun hadapan.

Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.

Perjanjian jual beli tanah di Gebeng berstatus tanah pajakan
Wan Rosdy berkata penjualan tanah ini adalah untuk tujuan pembangunan industri dan bukan perkara baharu, serta meminta rakyat tidak terkeliru dengan persepsi negatif.

Penduduk Pahang diminta bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut
Penduduk di negeri ini diminta bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.

Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.