PERLUMBAAN Grand Prix Vietnam dikeluarkan dari senarai kalendar 2021.

Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan penganjur, apabila penganjuran pertama yang sepatutnya pada April lalu, turut dibatalkan berikutan penularan COVID-19.

Langkah menarik keluar dari senarai itu dibuat berikutan terdapat kes rasuah melibatkan seorang pegawai tertinggi yang bertanggungjawab bagi perlumbaan di Hanoi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Hanoi, Nguyen Duc Chung ditahan pada Ogos lalu, kerana didakwa memiliki dokumen mengandungi rahsia negara.

Namun, kes melibatkan Nguyen itu tiada kaitan dengan penglibatannya dalam perlumbaan Grand Prix walaupun beliau merupakan individu terpenting dalam penganjuran itu.

Bagi kalendar 2021, tarikh yang sepatutnya diisi Vietnam iaitu pada 25 April, belum diisi lagi oleh mana-mana venue.

Sekiranya Vietnam menganjurkan Grand Prix, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 23 saingan.

Pihak berkuasa Vietnam juga mempunyai keutamaan, iaitu menangani pandemik COVID-19, selain pemulihan ekonomi serta taufan yang melanda negara itu.

Musim 2021 menyaksikan saingan akan bermula di Australia pada 21 Mac dan berakhir di Abu Dhabi pada 5 Disember 2021.

Berikut adalah senarai tarikh dan venue kalendar 2021 Formula 1:

21 Mac: Australia (Melbourne)

28 Mac: Bahrain (Sakhir)

11 April: China (Shanghai)

25 April: TBC

9 Mei: Spain (Barcelona)

23 Mei: Monaco

6 Jun: Azerbaijan (Baku)

13 Jun: Canada (Montreal)

27 Jun: France (Le Castellet)

4 Julai: Austria (Spielberg)

18 Julai: Britain (Silverstone)

1 Ogos: Hungary (Hungaroring)

29 Ogos: Belgium (Spa)

5 September: Netherlands (Zandvoort)

12 September: Italy (Monza)

26 September: Russia (Sochi)

3 Oktober: Singapore (Marina Bay)

10 Oktober: Japan (Suzuka)

24 Oktober: USA (Austin)

31 Oktober: Mexico (Mexico City)

14 November: Brazil (Sao Paulo) 

28 November: Saudi Arabia (Jeddah)

5 Disember: Abu Dhabi (Yas Marina)