KUALA LUMPUR:Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) Lewis Hamilton berharap kelab bola sepak kegemarannya, Arsenal akan bangkit kembali selepas menerima banyak kritikan daripada peminat dan menjadi bahan ejekan di internet kerana prestasi buruk pada musim ini.
Pelumba British berusia 35 tahun itu mahu pasukan bimbingan Mikel Arteta memperbaiki persembahan mereka yang mengakibatkan permulaan terburuk dalam satu musim selama 46 tahun, untuk menamatkan musim ini dalam kedudukan yang baik.
"Saya sudah pasti mengharapkan musim yang baik, kepada pasukan itu yang bekerja keras. Saya rasa kami mempunyai sebuah pasukan yang kuat, saya sangat berharap mereka mengecap kejayaan," kata pemandu Mercedes AMG Petronas itu.
"Saya sudah menyaksikan Arsenal bermain buat sekian lama, menyokong mereka ketika naik dan turun. Jika saya tidak dapat menyaksikan perlawanan, rakan karib saya akan menghubungi saya setiap hari, dia memberitahu saya keadaan terkini," kata Hamilton kepada Bernama dalam sesi bersama media secara maya, baru-baru ini.
Baru-baru ini "The Gunners" berada di dalam kedudukan yang membimbangkan dengan kemungkinan diturunkan ke liga divisyen kedua, dengan hanya memenangi empat daripada 14 perlawanan untuk mengutip 14 mata di kedudukan ke-15, hanya empat mata di atas Burnley selain daripada deretan kad merah dan dua gol sendiri dalam beberapa perlawanan lepas.
Biarpun memegang rekod sebagai satu-satunya pasukan Liga Perdana Inggeris dengan rekod tanpa kalah dalam 49 perlawanan, dalam perjalanan untuk menjuarai musim 2003-2004 tanpa sebarang kekalahan yang membolehkan mereka mendapat gelaran "The Invincibles" , rekod 14 kali menjulang Piala FA dan kekal di kedudukan atas bola sepak Inggeris selama 100 tahun, kelab dari Utara London itu berhadapan risiko diturunkan ke divisyen kedua jika persembahan buruk mereka berterusan.
Itu adalah sesuatu yang tidak ingin dirasai Hamilton selaku seorang peminat setia Arsenal, yang akan merosakkan anginnya selepas berjaya memenangi kejuaraan dunia buat kali keempat berturut-turut tahun ini dan dipilih sebagai Personaliti Sukan BBC 2020.
Sementara itu, Hamilton berkata beliau tidak sabar-sabar menanti cuti musim ini lebih dari musim lain dalam kerjaya perlumbaannya selama 27 tahun, selepas menangani cabaran dalam musim yang terganggu oleh COVID-19, termasuk sekatan perjalanan dan cara baharu berlumba dengan mengamalkan prosedur operasi standard dan penjarakan sosial.
"Saya rasa ia berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini, tidak mudah untuk bersama dengan mereka yang tersayang kerana kami inginkan semuanya selamat, jadi tiada pengembaraan. Tetapi yang penting sekali, ingin bersama yang tersayang (untuk cuti Krismas) adalah bagus.
Hanya rasa teruja untuk tidak memikirkan perlumbaan akhirnya , mematikan suis adalah saat paling menggembirakan buat saya ... berehat menikmati 'pancake' dan menjadi sedikit tembam buat seketika. Menonton filem dan tidak perlu bimbang tentang gim, pertandingan dan sebagainya," katanya.
Hamilton yang merupakan mangsa COVID-19 dan menyebabkan beliau tidak dapat berlumba di Grand Prix Sakhir di Bahrain, berharap pandemik itu dapat dikawal tahun hadapan sebelum terus dibanteras dalam bulan-bulan mendatang dengan kewujudan vaksin sekarang.
Selain daripada menyamai rekod legenda F1 juara dunia tujuh kali Michael Schumacher, Hamilton juga mengukir namanya sebagai pemandu F1 yang paling terpuji, memenangi 95 perlumbaan, 98 petak utama dan 165 podium, melebihi pelumba lain untuk diangkat peminat sebagai tokoh sukan terunggul sepanjang zaman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020
Hamilton yang merupakan mangsa COVID-19 dan menyebabkan beliau tidak dapat berlumba di Grand Prix Sakhir, berharap pandemik itu dapat dikawal tahun hadapan sebelum terus dibanteras dalam bulan-bulan mendatang dengan kewujudan vaksin. - Gambar fail
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Lewis Hamilton dedahkan tekanan mental dihadapinya
Lewis Hamilton mendedahkan bahawa beliau telah bergelut dengan masalah kesihatan mental hampir sepanjang hidupnya disebabkan dibuli di sekolah dan tekanan perlumbaan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Grand Prix Belgium: Hamilton diisytihar juara selepas Russell tersingkir
Russell rersingkir selepas keretanya didapati tidak memenuhi syarat selepas perlumbaan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.
Pelumba F1 bimbang terhadap kenaikan kadar denda oleh FIA
Lewis Hamilton serta seluruh pelumba Formula 1 boleh dikenakan denda sehingga 1 juta euro berikutan perubahan drastik terhadap peraturan sukan itu.
F1: Hamilton mampu atasi Schumacher dengan gelaran F1 kelapan - Andretti
Mario Andretti tidak percaya Hamilton melakukan kesilapan apabila menyerahkan masa depannya kepada Mercedes.
F1: Alonso puji Verstappen sebagai pemandu terbaik selepas Schumacher
Verstappen hanya perlu mengumpul tiga mata dalam perlumbaan pecut Sabtu ini di Qatar bagi melengkapkan hatrik gelaran dunia.
Carlos Sainz Ferrari muncul juara Grand Prix F1 Singapura
Carlos Sainz melakar kemenangan untuk Ferrari dalam Grand Prix Formula 1 Singapura 2023.