KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Mercedes-AMG Petronas Formula Satu, Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen sertai pasukan Mercedes selepas CEO Redbull, Christian Horner mengatakan tiada siapa lebih besar daripada sesebuah pasukan.
Masa depan Verstappen bersama Red Bull kebelakangan ini menjadi tumpuan ketika persaingan sebagai pasukan dominan dalam arena sukan F1 sedang hangat diperkatakan.
Pelumba Belanda itu yang pernah memenangi perlumbaan Grand Prix Arab Saudi pada Sabtu sekali gus memperoleh kemenangan keduanya musim ini -- dan kesembilan berturut-turut -- membuka pintu untuk melangkah keluar daripada Red Bull jika penasihat mereka, Helmut Marko diberhentikan.
Ini kerana, Marko boleh digantung susulan permasalahan Red Bull terhadap Horner, walaupun dia menyatakan bahawa dia akan terus terlibat dalam perlumbaan pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, pergolakan yang berlaku di Red Bull telah meletakkan Mercedes dalam keadaan bersedia untuk mencari pengganti Lewis Hamilton yang telah mengikat kontrak bersama Ferrari pada 2025.
Apabila ditanya sama ada baik bagi F1 untuk Verstappen bertukar pasukan, Wolff menjawab: "Saya ingin memilikinya.
"Tetapi pertama sekali, kita perlu melihat kemampuan kereta kita.
"Kami terhutang kepada pelumba kami untuk menambah baik jentera sebelum menyediakan mereka sesuatu yang hebat untuk musim depan," kata Wolff.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sun Mar 10 2024

Masa depan Verstappen bersama Red Bull kebelakangan ini menjadi tumpuan selepas persaingan sebagai pasukan dominan dalam arena sukan F1 sedang hangat diperkatakan. - Gambar fail/Reuters
Gerard Depardieu dibicarakan atas dakwaan gangguan seksual bermula Isnin.
Depardieu, 76 tahun, berdepan dakwaan meraba dua wanita semasa penggambaran filem The Green Shutters.
Meriam digunakan untuk waktu iftar di Abu Dhabi
Satu das tembakan dilepaskan sejurus sebelum azan maghrib, menandakan masuknya waktu berbuka di kawasan berkenaan.
Lima terkorban dalam serangan terbaharu Israel
Lima nyawa terkorban dalam serangan peluru berpandu terbaharu Tentera Zionis Israel ke atas Kompleks Kesihatan Yasser di Khan Younis, termasuk seorang anggota pejabat politik Hamas, Ismail Barhoum.
Mahkamah Perlembaan Korea Selatan batal keputusan pecat Duck-soo
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan hari ini, membatalkan pemecatan bekas Perdana Menteri, Han Duck-soo, sekali gus melantik beliau sebagai pemangku Presiden negara berkenaan.
Korea Selatan isytihar tiga lagi daerah sebagai zon bencana
Kerajaan Korea Selatan pada Isnin mengisytiharkan tiga lagi daerah di tenggara negara itu - Ulju, Uiseong dan Hadong, sebagai zon bencana khas susulan kebakaran hutan berhari-hari yang telah memaksa ribuan penduduk berpindah.
Polis sembur lada terhadap penunjuk perasaan di Istanbul
Individu tersebut dipercayai menyertai protes tersebut untuk bagi membantah penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu yang dilihat sebagai pencabar utama Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam Pilihan Raya Presiden 2028.
RM20,000 disumbangkan oleh Fahmi Fadzil kepada WWF
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyumbangkan RM 20,000 kepada WWF Malaysia untuk menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta perlindungan spesis haiwan ikonik di negara
Kerajaan rangka strategi nasional, perkukuh ekonomi
Inisiatif penting itu akan memantau tarif, sekatan dan risiko rantaian bekalan, sekali gus menyelaras tindak balas merentas kementerian dan sektor.
Malaysia perlu percepat eksplorasi & aplikasi teknologi AI - PM
Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.
Pembinaan 12 set tren baharu untuk komuter utara dimulakan serta merta - Loke
Pembinaan 12 set tren elektrik baharu untuk perkhidmatan Komuter Utara akan bermula serta-merta dan dibekalkan secara berfasa dalam tempoh 36 bulan.

Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.