NILAI: Galven Green meraih kejuaraan golf profesional pertamanya apabila dinobatkan sebagai juara Piala Alphard dalam Jelajah Toyota di Kota Seriemas Golf & Country Club di sini, pada Khamis.
Adik bongsu kepada pemain golf profesional terbaik negara, Gavin Green itu bagaimanapun diheret ke saingan play-off selepas terikat bersama Paul San dengan catatan 207 pukulan, 9 di bawah par.
Dalam saingan play-off yang penuh dramatik itu, Galven, 24, berjaya melakukan birdie bagi membolehkan dia dinobatkan selaku juara menewaskan San untuk membolot hadiah wang tunai RM31,500.
Saingan pada hari terakhir, dia berjaya melakukan catatan 68 pukulan, empat di bawah par dengan mata keseluruhan 207 pukulan, 9 di bawah par, berkongsi kedudukan dengan San.
Galven yang beraksi cemerlang muncul pendahulu dengan catatan 11 di bawah par namun dua bogey yang dilakukan di lubang 15 dan 18 menyaksikan dia menamatkan saingan dengan 207 pukulan, 9 di bawah par.
Nasib serupa dialami San ketika selesa dengan 10 di bawah par namun bogey di lubang ke-16 menyaksikan dia melakukan 207 pukulan, 9 di bawah par terikat bersama Galven untuk mengheret ke saingan play-off.
Galven ketika ditemui tidak menyangka mampu memenangi kejohanan itu selepas bergelar pemain profesional pada 2020 dan kejayaan itu sekali gus mengikis tanggapan bahawa beliau menumpang populariti kehebatan abangnya, Gavin.
“Tidak dinafikan perlawanan kali ini memang sedikit mencabar, tetapi saya berbangga berada di tahap ini dan dapat membuat persembahan terbaik.
“Kejohanan seperti ini amat baik lebih-lebih lagi apabila dapat mengetengahkan lebih ramai pemain-pemain hebat negara dan ini patut diteruskan,” katanya kepada Astro AWANI.
Sementara itu, Aretha Pan muncul juara bagi kategori wanita selepas menewaskan Genevieve Ling dalam penentuan play-off selepas kedua-dua pemain itu terikat dengan catatan 220 pukulan, empat di atas par.
Pada penentuan play-off di lubang pertama, Aretha berjaya membenam birdie menewaskan Ling untuk muncul juara, membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.
Kemenangan itu adalah ketiga buat Aretha yang sebelum ini menjuarai Piala Tun Ahmad Sarji di Saujana Golf and Country pada Mac lalu dan Piala Supra di Mines Resort Golf Club, Selangor.
“Kejohanan ini merupakan antara platform terbaik yang saya pernah sertai dan memandangkan ini merupakan kejayaan saya kali ketiga tentunya saya sangat yakin dengan setiap pukulan” ujarnya.
Pusingan terakhir Kejuaraan Toyota dijadualkan pada 14 hingga 17 November ini di Golf & Country Club, Kuala Lumpur.
Kejohanan profesional golf, Jelajah Toyota, yang dianjurkan oleh UMW Toyota Motor dengan kerjasama Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGM) dan MST Golf menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM2.2 juta secara keseluruhan.
Jelajah Toyota yang bermula pada 8 Mac lalu merupakan pentas baharu pemain golf profesional negara membuktikan keupayaan masing-masing untuk beraksi di peringkat antarabangsa.
Sebelum ini ia dikenali sebagai PGM Tour yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Ahmad Sarji pada 2010 dan sejak itu ia menjadi kejohanan penting dalam perkembangan sukan golf tanahair.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Oct 23 2023

Aretha (kiri) dan Galven bergambar bersama hadiah kemenangan masing-masing selepas muncul juara Piala Alphard. - Sumber foto Toyota Corolla

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Golf Jelajah Toyota: Galven, Aretha ungguli Piala Alphard
Galven Green meraih kejuaraan golf profesional pertamanya apabila dinobatkan sebagai juara Piala Alphard dalam Jelajah Toyota.