KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan ketua jurulatih baharu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, Juan Torres Garrido, sebagai individu terbaik membimbing skuad berkenaan menghadapi Piala Asia B-23 di Qatar, April depan.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata Garrido, 43, dipilih kerana warga Sepanyol itu memahami selok belok Harimau Muda berikutan pernah berkhidmat bersama bekas ketua jurulatih, E. Elavarasan sebagai pembantunya sebelum ini.
"Garrido merupakan pilihan terbaik yang kita ada serta pernah bersama sistem kejurulatihan Elavarasan sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menyantuni bekas legenda bola sepak negara, Khalid Ali, P. Darmalinggam dan S. Pusphanathan dalam program Ziarah Kasih, di sini, semalam.
Turut hadir pada program bersempena Karnival UNITI Pestabola Merdeka 2023 itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.
Hamidin berkata beliau dijadual bertemu Garrido bagi membincangkan lebih lanjut perancangan dilaksanakan pihaknya untuk skuad Harimau Muda, minggu depan.
Sementara itu, Khalid, yang menghidap kanser paru-paru tahap empat, berkata beliau tetap bersemangat melawan penyakit tersebut sejak April lalu walaupun dirinya kadang kala berasa lemah.
"Saya pohon doa semua (untuk sembuh) dan insya-Allah saya akan cuba atasinya dengan baik," kata bekas pemain tengah berusia 66 tahun itu.
Khalid, yang merupakan watak penting membawa skuad negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, turut menghargai sokongan serta sumbangan diberikan FAM, Kementerian Perpaduan Negara dan Yakeb hari ini.
Dalam pada itu, Azman berkata program tersebut dianjurkan bagi mengenang jasa legenda bola sepak negara yang telah membawa nama Malaysia ke peringkat dunia selain menjadi simbol perpaduan negara.
Noorul Ariffin, yang teruja dapat bekerjasama buat kali pertama bersama FAM menziarahi bekas pemain bola sepak kebangsaan, berharap jalinan kedua-dua pihak akan diteruskan lagi pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023

Garrido ketika hadir pada sidang media pengumuman Ketua Jurulatih Baharu Skuad B23 Kebangsaan di Wisma FAM, 12 Okt 2023. --fotoBERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Saizul Hafifi pengendali baharu skuad Bunga Raya 15s - KRM
Bekas ketua jurulatih ragbi 7-sebelah (7s) kebangsaan Mohd Saizul Hafifi Md Noor dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Bunga Raya 15-sebelah (15s) yang baharu.

Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.

Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.

Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.

Martin Stano dilantik Ketua Jurulatih Sabah FC
Pengendali dari Slovakia Martin Stano dilantik sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC sehingga tamat musim 2024/2025.

Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.

Ujian Vicente bukti kredibiliti bersama Harimau Malaya bermula esok
Kemampuan Vicente akan mula diukur apabila Malaysia bertemu Filipina pada aksi separuh akhir saingan Pestabola Merdeka 2024 esok.

Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12
KIM Pan-gon, yang terkenal dengan pengalaman luasnya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, kini akan menerajui Ulsan HD.

Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.