Promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) sedang menyediakan pelbagai program dan inisiatif bagi mengisi kekosongan ditinggalkan perlumbaan Formula Satu (F1) dengan membangunkan bakat tempatan dalam beberapa segmen.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata kekosongan ditinggalkan perlumbaan F1 itu harus diisi dengan penganjuran perlumbaan empat roda lain yang mendapat sokongan padu daripada penonton, serta mengambil kira pulangan kepada negara.
"Kita memerlukan perlumbaan yang mempunyai impak ekonomi. Sebelum penganjuran perlumbaan itu, kita harus mewujudkan kesedaran dan minat terhadap perlumbaan itu dalam kalangan peminat sukan permotoran tempatan.
"Tiada ertinya jika perlumbaan itu dapat menarik lebih banyak penonton asing berbanding peminat tempatan," katanya pada sidang media selepas mengumumkan program SIC untuk bakat saingan dua dan empat roda musim 2018 di sini pada Selasa.
Antara bakat saingan empat roda yang hadir pada majlis berkenaan adalah Jazeman Jaafar, Afiq Ikhwan Yazid, Weiron Tan, Nabil Jeffri dan Mitchell Cheah.
Pelumba arena dua roda pula ialah Hafizh Syahrin Abdullah (MotoGP), Zulfahmi Khairuddin (Moto2), Adam Norrodin (Moto3) serta pelumba program pencarian bakat SIC, 'Impian ke MotoGP' - Danial El Fahim, Muhammad Hrith Hazziq, Muhammad Izam Ikmal, Mohd Daniel Syahmi dan Muhammad Idil Fitri.
Dalam segmen empat roda, pelumba terkemuka negara - Jazeman, Weiron, Afiq Ikwan dan Nabil - akan bersaing dalam Kejuaraan Endurance Dunia (WEC) dan perlumbaan 24 Jam Le Mans, manakala Mitchell akan menyertai TCR Asia 2018.
"SIC baru menandatangani perjanjian dengan pasukan hebat dan mantap, Jackie Chan DC Racing X Jota tahun ini. Kesemua pelumba Malaysia akan meneruskan saingan bersama pasukan ini selepas membuat penampilan sulung pada akhir musim 2017-2018 dan akan bersaing dalam perlumbaan berprestij Siri Super WEC 2018/19 yang termasuk dua perlumbaan 24 Jam Le Mans bermula Julai ini," kata Razlan.
Pasukan Jackie Chan DC Racing, yang dimiliki oleh David Cheng dan pelakon legenda Jackie Chan, mencapai kejayaan membanggakan di Asia dan seluruh dunia walaupun baru ditubuhkan pada 2015.
Selain bermatlamat mengembangkan bakat pelumba, Razlan berkata kerjasama itu juga bertujuan untuk mempromosikan perlumbaan di Malaysia.
"Selain mempunyai pasukan yang bagus, jurutera yang bagus juga diperlukan bagi membantu dari segi teknikal, malah kehadiran Jackie Chan sendiri juga akan meningkatkan promosi terhadap perlumbaan berkenaan," katanya.
Terdahulu dalam taklimatnya, Razlan berkata bahawa dalam segmen empat roda, beberapa haluan dikenal pasti bagi pelumba untuk mencapai kemajuan dalam karier mereka.
"Bakat-bakat ini akan berpeluang untuk beraksi di Formula Renault Asia F4 Asia Tenggara (F4SEA), siri F4 Eropah dan akhirnya siri F3 di Eropah," kata Razlan.
"Bagi mewujudkan minat, kita perlu memulakannya daripada peringkat serantau sebelum menganjurkannya di peringkat kejuaraan dunia. Dari awal lagi, impian kita adalah membuka jalan kepada bakat sukan permotoran tempatan untuk bersaing dalam perlumbaan tertinggi sama ada MotoGP atau F1.
"Kita sentiasa percaya bahawa bakat kita mempunyai kualiti untuk satu hari nanti beraksi di perlumbaan tertinggi, namun mereka berdepan halangan. Di sinilah kita (SIC) hadir untuk membantu mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 20 2018

Razlan (enam, kiri) bersama para pelumba kereta dan motosikal kendalian SIC pada Sesi Pengumuman Pelumba Kendalian Sukan Permotoran SIC, 20 Mac, 2018. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Ismail Sabri selesai beri keterangan hari kelima di ibu pejabat SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai beri keterangan hari kelima di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan kes penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.

Parlimen Indonesia lulus pindaan undang-undang tentera di tengah protes
Parlimen Indonesia meluluskan pindaan kontroversi terhadap Undang-Undang Tentera Nasional Indonesia (TNI) meskipun berdepan bantahan daripada kumpulan mahasiswa dan organisasi masyarakat sivil.
Banjir: 20 sekolah di Johor terjejas, situasi dijangka memburuk
Sebanyak 20 buah sekolah di Johor terjejas susulan bencana banjir yang melanda negeri itu melibatkan lima daerah merangkumi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

Beberapa jalan terputus hubungan akibat banjir di Sabah - JKR
Beberapa jalan di daerah Beluran, Kudat, Pitas dan Kota Marudu terputus hubungan hari ini akibat bencana banjir yang melanda selepas hujan lebat berterusan malam tadi.
[TERKINI] Aidilfitri: Diskaun tol akan diumum dalam masa terdekat
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat berhubung pemberian diskaun tol 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun.

“Cuti, cuti” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 2.51 petang selepas memberi keterangan sekitar 5 jam pada Khamis.

Pegawai Imigresen didakwa terima rasuah RM47,600
Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 22 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM47,600.
100,000 mangsa terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar
Sindiket penipuan dalam talian di sempadan Thailand-Myanmar masih beroperasi dengan kira-kira 100,000 mangsa kekal terperangkap di sebalik operasi besar-besaran dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu.

Azizulhasni buat 'cameo' lagu raya Alif Satar & The Locos!
Datuk Azizulhasni Awang tampil membuat cameo dalam satu video muzik sempena Aidilfitri bersama selebriti sensasi Alif Satar & The Locos.

Gantikan F1 dengan perlumbaan beri pulangan kepada negara - SIC
Kekosongan ditinggalkan perlumbaan F1 itu harus diisi dengan penganjuran perlumbaan empat roda lain yang mendapat sokongan padu daripada penonton, serta mengambil kira pulangan kepada negara.