KUALA LUMPUR:Perkembangan teknologi menerusi penyelesaian digital dan adaptasi kecerdasan buatan (AI) terus memberi manfaat bagi mencapai resolusi lebih pantas dalam membangunkan serta mengembangkan perniagaan syarikat.
Dalam era termaju ketika ini, bukan sahaja syarikat mega tetapi industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut muncul dalam jumlah yang banyak dan membawa hala tuju penggunaan digital dalam model perniagaan.
Ini kerana teknologi AI mempunyai pelbagai alat dan penyelesaian yang mampu membantu atau berperanan meningkatkan produktiviti serta kecekapan mereka dipelbagai peringkat industri dan sektor, sewaktu menjalankan tugas keselamatan untuk premis pengguna.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Suriani Ahmad sebelum ini turut menekankan agar syarikat-syarikat seharusnya aktif dalam aspek transformasi dan inovasi untuk kekal relevan dalam industri.
Beliau berkata, situasi atau persekitaran semasa turut menunjukkan kepentingan aspek digitalisasi selain melihat perubahan paradigma digitalisasi yang berlaku di dunia terhadap segala peringkat urusan termasuk perniagaan.
Mengambil kira permintaan yang semakin rancak, peneraju pengimport tempatan, pengedar dan penyedia penyelesaian keselamatan termaju, Gamma Solution Sdn. Bhd. (Gamma) terus menawarkan pengalaman teknologi keselamatan terbaik kepada syarikat berminat.
Tidak hanya mengedar peralatan keselamatan pemantauan video dan kawalan akses, syarikat berpengalaman 20 tahun dalam disiplin keselamatan dan pengawasan bersama asas penggunaan AI tersebut turut menyediakan penyelesaian digital mengikut tempahan (customised) yang dapat mengoptimumkan kecekapan syarikat.
Dengan kemajuan internet benda (IoT), Gamma melihat peranan penting yang dimainkan oleh sistem pengawasan dalam ekonomi digital dan potensinya sebagai alat perancangan strategi perniagaan.
Ini antara manfaat signifkan inovasi Gamma terhadap industri dan perniagaan:
Pengiraan orang (V.A/3D)
People Counting V2 menyediakan teknologi pengesan 3D dan pengiraan orang 3D algoritma bagi membantu pengiraan masuk dan keluar pelanggan/pengguna dalam satu-satu masa.
Diuji dengan 98 peratus kadar ketepatan, sistem ini turut dibangunkan bersama GV-Web Report Lite yang membolehkan syarikat menghasilkan laporan analisis bagi pengurusan perniagaan dan aktiviti orang berjalan kaki dalam ruang fizikal.
Ia sekali gus memberi manfaat kepada sektor kedai peruncitan, dalam perancangan ruang atau pembangunan kapasiti selain pengurusan kaki tangan yang membolehkan syarikat mengoptimumkan penempatan pekerja dan penilaian pilihan.
Pengecaman wajah dan suhu
Ketika tempoh penularan pandemik COVID-19 ini, sistem mengukur suhu badan TITANUS sangat membantu dalam mengurangkan risiko selain mengaplikasi prinsip cegah dan kawalan penyakit berjangkit.
Therminal IP Camera mempunyai ciri pengesanan wajah pintar, termal mengukur suhu dan analisis data raya.
Dikuasakan dengan teknologi intel inside, ia mampu mengesan suhu sehingga 16 orang di pintu masuk dalam satu-satu masa. Sistem ini lebih selamat dan menjimatkan masa berbanding kaedah pengukuran suhu tradisional.
Ini kerana kaedah tradisional mengambil kira ‘jarak selamat’ dan mengambil masa sehingga dua saat seorang selain memerlukan lebih ramai pekerja bagi kawasan atau lokasi yang padat dengan pengunjung.
Ia sekali gus memberi manfaat bagi industri bangunan komersial dan pusat beli-belah, pusat pengajian seperti universiti dan kolej.
Pencegahan kerugian dan pengumpulan bukti
Peruncit boleh secara mudah mencari transaksi menggunakan kata kunci dan mendapat mengesan jual beli meragui secara automatik. Ciri dibangunkan tersebut dapat membantu peniaga mengelakkan berlakunya kes kekurangan tunai, kerugian sekali gus meningkatkkan kelancaran operasi.
Kawalan akses pintar
Dengan pengiktirafan Underwriters Laboratories Inc (UL), penyelesaian kawalan akses Gamma dapat memberi lebih keselamatan pemasangan kepada pengguna.
Teknologi ini menyediakan penyelesaian keselamatan menyeluruh termaju dengan integrasi lebih lancar bersama sistem pemantauan video dan peralatan (perkakas) IP yang memberi kemudahan dan akses selamat bagi video langsung mahupun rakaman daripada mana-mana akses peristiwa.
Sebagai contoh, kawalan akses pengesahan dua lapisan yang mewajibkan pengecaman muka berserta dengan kad akses pengguna.
Penyelesaian rondaan mudah alih sebagai sebahagian dari penyelesaian kawalan akses turut memberi manfaat kepada pengguna, khususnya dalam meningkatkan kecekapan tugas pegawal keselamatan atau pekerja pengurusan fasiliti.
Video analisis pintar
Menerusi sistem video analisis pintar ini, ia membantu dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengawasan keselamatan.
Ia turut berfungsi dalam menyaring peristiwa berkaitan bagi membolehkan pengendali mengambil tindakan segera. Bagi mengurangkan amaran palsu, sistem ini turut diselaraskan dengan video langsung.
Perlindungan komuniti
BigBoss CMS merupakan sistem kawalan berpusat bagi amaran SOS untuk pengguna aplikasi mudah alih BigBoss. Ia adalah menggantikan amaran cemas konvensional Home Panic Alarm dan Building Car Park SOS, dengan aplikasi peranti ini ia menghubungkan terus kepada pelayan (server) dan bilik kawalan.
Ia direka bagi pusat beli-belah, kampus, residensi, bangunan komersial dan komuniti rapat (closed community). Sistem ini memberi tindakbalas 24/7 yang pantas dan diintegrasikan dengan ciri sistem TITANUS DSS di CMS Map dalam BigBoss CMS.
Aplikasi mudah alih BigBoss boleh dimuatturun di Google Play Market (untuk pengguna telefon pintar Android) atau Apple Store (untuk pengguana telefon pintar iOS).
Gamma terus komited dalam menyediakan keselamatan dan perlindungan di seluruh negara menerusi penyelesaian digital dan teknologi AI yang disediakan syarikat tersebut. Sistem dibangunkan GAMMA turut memberi manfaat dan impak positif bagi pembangunan syarikat dan institusi terlibat.
Gamma dalam pada itu bakal menganjurkan webinar berkaitan Keselamatan dan Pengawasan AI pada 5 Januari akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila layar www.gamma.com.my atau hubungi di talian 03-4149 1800.
Haikal Raman
Thu Dec 24 2020
GAMMA menyediakan penyelesaian digital dan teknologi AI dalam sistem pengawasan keselamatan.
11 maut dalam kebakaran bangunan di Filipina
Kesemua mangsa terkorban selepas terperangkap di dalam bangunan yang musnah akibat kebakaran yang berlaku sebelum 7.30 pagi waktu tempatan.
Bekas jurulatih olahraga negara Leo Armstrong meninggal dunia
Bekas jurulatih olahraga negara Leo Leslie Armstrong meninggal dunia pada usia 82 tahun di sebuah hospital di Petaling Jaya pagi semalam.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga ADUN Mahkota Sharifah Azizah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang meninggal dunia hari ini.
Penggunaan AI nilai tambah, tidak perlu takut - Dr A'dillah
Masyarakat perlu mengambil peluang khususnya graduan untuk menjadikan kepakaran kecerdasan buatan (AI) sebagai nilai tambah dalam kehidupan.
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Dhaka - Wisma Putra
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke Dhaka berikutan situasi yang masih tidak dapat diramalkan.
Lelaki warga Indonesia dipenjara 15 tahun rogol kanak-kanak
Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mukhlasin Zainuddin, 62, selepas mendapati dia gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah gigih 'robohkan' tembok China, tewas di separuh akhir
Dalam saingan yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, aksi Pearly-Thinaah bermula dengan sedikit perlahan.
Korea Selatan sedia tawar bantuan banjir kepada Korea Utara
Korea Selatan bersedia membekalkan bantuan kepada Korea Utara bagi membaiki kerosakan disebabkan oleh hujan lebat baru-baru ini.
Bekas ADUN Sungai Puyu dirawat di hospital akibat serangan jantung
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu Datuk Seri Phee Boon Poh sedang dirawat di hospital kerana serangan jantung.
Kebakaran Gunung Alexander merebak cecah kawasan 5,000 ekar
Kebakaran di Gunung Alexander, Colorado utara dilaporkan merebak mencecah sehingga 5000 ekar pada Rabu.
Gamma tawar penyelesaian digital dan asas AI, tingkat kecekapan perusahaan
Perkembangan teknologi menerusi penyelesaian digital dan adaptasi kecerdasan buatan (AI) terus memberi manfaat bagi mencapai resolusi lebih pantas dalam membangunkan serta mengembangkan perniagaan.
MH370: Gabungan Mahasiswa Anak Malaysia kutuk pihak perlekeh SAR
GAMMA juga mengutuk keras tindakan pihak yang cuba memperlekeh dan mempertikaikan misi tersebut yang sudah masuk hari ke 28 sejak kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac lalu.