Gabungan Mahasiswa Anak Malaysia (GAMMA) menghantar satu memorandum kepada kerajaan melalui Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) bertujuan menyatakan sokongan kepada kerajaan dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Jurucakap GAMMA, Mohd Ikhwanul Shafiq Mohd Fauzi berkata, atas dasar sayang dan cintakan negara, mereka terpanggil untuk memberikan sokongan kepada kerajaan atas usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan misteri kehilngan pesawat itu.
GAMMA juga mengutuk keras tindakan pihak yang cuba memperlekeh dan mempertikaikan misi tersebut yang sudah masuk hari ke 28 sejak kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac lalu.
“Hari ini kita berkumpul untuk menyampaikan memorandum kepada pengerusi BNBBC sendiri Tan Sri Shahrir Samad yang mana kita nak menyatakan sokongan kepada kerajaan dalam isu kehilangan MH370.
“Kita inginkan kesepaduan suara, mengenepikan agenda politik, mengenepikan pihak-pihak yang membidas dan mengutuk kerajaan dalam perkara ini. Kami juga menyokong usaha kerajaan dalam misi SAR yang dijalankan dengan baik, dengan makna kita mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau menambah, gabungan NGO yang digerakkan mahsiswa itu juga turut memandang serius soal layanan negatif dan sebaran fitnah media barat yang cuba memburukkan imej Malaysia di mata dunia.
Mereka membidas tidakan tersebut dan dalam masa yang sama menyeru semua rakyat untuk bersatu padu dalam mempertahankan maruah negara.
“Kami bimbang dengan spekulasi dan layanan negatif daripada media barat yang telah memburukkan nama Malaysia dengan mengatakan kita sebagai sebuah negara pengganas.
“Sebagai mahasiswa kita nak mempertahankan perkara ini dengan cara kita bawa memorandum ini dan minta dibentangkan di dalam parlimen dan mengusulkan tentang perkara ini,” katanya lagi.
Dalam perkembangan yang sama, memorandum tersebut turut diserahkan kepada wakil pembangkang melalui Ahli Parlimen PKR Gombak, Mohamed Azmin Ali. -- bnbbc.my
Qurnisha Hamka
Thu Apr 03 2014
Polis tumpas kumpulan penjenayah disyaki penculik, empat ditembak mati
Polis menumpaskan sekumpulan penjenayah disyaki penculik selepas menembak mati empat individu dalam insiden berbalas tembakan di Skudai, Johor.
Turkiye sekat akses Instagram
Instagram dikatakan secara aktif menghalang orang ramai daripada memuat naik mesej takziah atas pemergian Ismail Haniyeh.
PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok Sabtu ini
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan berkata projek itu adalah salah satu inisiatif utama dalam kesalinghubungan sempadan antara kedua-dua negara.
Tourism Malaysia sasar 1 juta pelancong India hujung tahun ini
Penerbangan terus AirAsia yang baharu menghubungkan Guwahati dan Kozhikode (Calicut) ke Kuala Lumpur.
Turun hantaran PM mungkin tindakan peringkat lebih tinggi di Meta - Fahmi
Tindakan menurunkan hantaran Perdana Menteri berhubung pembunuhan Ismail Haniyeh di Facebook mungkin dilakukan oleh peringkat lebih tinggi dalam Meta.
Amukan penagih dadah: Dua anggota polis cedera, putus urat dilibas parang
Dua anggota polis cedera di tangan ketika bergelut menahan seorang pengedar dadah di sebuah rumah di Taman Melati, Padang Tembak.
AWANI Ringkas: ADUN Mahkota meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perpaduan Palestin diperkukuh di sebalik cabaran pemergian Haniyeh
Walid Abu Ali berkata kepimpinan Haniyeh memainkan peranan penting dalam membentuk strategi perjuangan dan gerakan politik Palestin.
Lebih 1,700 sekolah ditutup akibat banjir di Myanmar
Banjir berkenaan berpunca daripada peningkatan paras air sungai Ayeyarwady dan Chindwin.
Ahmad Zahid, Fadillah dukacita pemergian ADUN Mahkota, ucap takziah kepada keluarga
Menerusi hantaran di laman Facebook, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap keluarga Sharifah Azizah tabah mengharungi pemergian beliau.
Gamma tawar penyelesaian digital dan asas AI, tingkat kecekapan perusahaan
Perkembangan teknologi menerusi penyelesaian digital dan adaptasi kecerdasan buatan (AI) terus memberi manfaat bagi mencapai resolusi lebih pantas dalam membangunkan serta mengembangkan perniagaan.
MH370: Gabungan Mahasiswa Anak Malaysia kutuk pihak perlekeh SAR
GAMMA juga mengutuk keras tindakan pihak yang cuba memperlekeh dan mempertikaikan misi tersebut yang sudah masuk hari ke 28 sejak kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac lalu.