ARSENAL 4 LEICESTER CITY 2
Mikel Arteta memuji Gabriel Jesus kerana meningkatkan jentera serangan Arsenal selepas pemain Brazil itu mencetak dua gol selain mencipta dua bantuan jaringan dalam kemenangan mendebarkan ke atas Leicester City, malam tadi.
Arsenal mencatat dua kemenangan daripada dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan membenam The Foxes 4-2 di Stadium Emirates untuk melakar gol pertamanya sejak dipancing daripada Manchester City bulan lalu.
Dengan itu, Jesus muncul pemain pertama yang merekodkan lebih satu gol dalam penampilan sulungnya untuk The Gunners dalam kempen liga, malah penyerang berusia 25 tahun itu juga menjadi pemain Arsenal pertama yang merobek gawang lawan dan mencipta gerakan gol dalam perlawanan liga sejak Theo Walcott melakukannya ketika menentang Newcastle United pada Disember 2012 (tiga gol dan dua bantuan jaringan).
Ini bermakna juara empat kali itu seiring dengan Manchester City -- menundukkan Bournemouth 4-0 -- selepas kecewa tercicir tiket Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu, dan Arteta gembira dengan permulaan cemerlang barisannya.
"Saya fikir dia meningkatkan standard kami menerusi usahanya dalam latihan setiap hari dan cara dia bercakap," kata pengurus Arsenal itu.
“Saya fikir ia cukup semula jadi tetapi pada masa yang sama mengagumkan kerana dapat menyesuaikan diri dengan pantas, kami juga menagih penyudah pemain lain.
“Jika anda mahu berada di puncak maka kami perlu menjaringkan banyak gol dan kami tidak boleh bergantung kepada dua atau tiga pemain sahaja.
"Kami sedar tentang kebolehan Gabby. Dia menjaringkan dua gol dan mencipta dua gerakan gol dan dia masih kecewa di bilik persalinan kerana mengatakan dia sepatutnya menyumbat empat gol.
“Itu standard yang dipamerkannya, itulah mentaliti yang diperlukan jika kami mahu pergi ke tahap yang berbeza, kami perlukan mentaliti itu.
"Saya tidak mahu berdepannya. Saya tidak pernah menjadi pertahanan tetapi saya boleh bayangkan bahawa mereka tidak akan menggemari kelibatnya. Dia serba boleh, memiliki naluri, sentiasa tajam serta proaktif untuk bermain dalam sebarang saat dan di mana-mana fasa. Corak permainan kami dan kehadirannya dia adalah ancaman sebenar."
Gol pembukaan Jesus itu meletakkannya sebagai pemain Brazil ke-12 yang menjaringkan gol untuk kelab London berkenaan dalam EPL, terbanyak berbanding kelab lain.
Penyerang itu hanya membuat 21 permulaan liga pada musim terakhirnya bersama City tetapi telah mengambil alih peranan penting sejak berkelana ke Emirates.
Lantas, Arteta menyedari kepentingan menguruskan beban tugasnya sambil menambah: "Kami akan menuntutnya untuk terlibat dalam banyak perlawanan jadi kami perlu menguruskan beban itu dan cara kami berlatih adalah berbeza.
"Kami perlu berada dalam kawalan dan mudah-mudahan begitu."
Astro Arena
Sun Aug 14 2022

Gabriel Jesus (kanan) menjaringkan gol kedua Arsenal dalam perlawanan EPL menentang Leicester City di Stadium Emirates, London, 13 Ogos 2022. (Foto AP)

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Arsenal hilang khidmat Jesus lagi
Jesus terlepas sebahagian besar separuh masa kedua musim lalu selepas dia menjalani pembedahan lutut kanannya pada Disember.

Piala Dunia Qatar: Gabriel Jesus, Alex Telles terlepas baki kempen bersama Brazil
Brazil mengesahkan Gabriel Jesus dan Alex Telles tidak sempat pulih daripada kecederaan lutut bagi baki kempen Piala Dunia Qatar 2022.

Seri di Southampton ibarat kalah - Jesus
Granit Xhaka membuka jaringan untuk The Gunnners pada minit ke-11, sebelum tuan rumah The Saints bangkit pada babak kedua.

Arteta sahkan Gabriel Jesus terlepas aksi Arsenal bertemu Bodo/Glimt
Sejak Julai, Jesus menjaringkan lima gol dalam 11 perlawanan dalam semua pertandingan, membantu Arsenal dengan permulaan yang kukuh.

Gabriel Jesus menjadi-jadi di Arsenal
Jesus muncul pemain pertama yang merekodkan lebih satu gol dalam penampilan sulungnya untuk The Gunners dalam kempen liga.

Arsenal tandatangani Gabriel Jesus daripada Manchester City
Jesus menjadi pemain keempat dibawa masuk Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini selepas.

Jaringan tunggal Jesus buat Chelsea putih mata di Stamford Bridge
Pep Guardiola akhirnya berjaya menemui jalan untuk mengatasi Thomas Tuchel dalam perlawanan malam tadi.

City tewaskan Leicester 2-0, kekal pendahulu liga
Gol pertama City dijaringkan Benjamin Mendy pada minit ke-59.

Manchester United musnah rekod kebal barisan Guardiola
Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti selepas 101 saat tiupan wisel pertama berikutan kekasaran Gabriel Jesus.

Manchester City mara ke suku akhir Piala FA dengan sejarah baru
Pemimpin EPL itu menundukkan wakil Liga Kejuaraan berkenaan di Stadium Liberty, awal pagi tadi, di mana mereka meraih kemenangan ke-15 berturut-turut.