MANCHESTER CITY 0 MANCHESTER UNITED 2
Rentak 21 kemenangan Manchester City terkulai di tangan Manchester United yang merakamkan kemenangan 'derby' 2-0 ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, malam tadi.
Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti selepas 101 saat tiupan wisel pertama berikutan kekasaran Gabriel Jesus, sementara Luke Shaw menggandakan kedudukan pelawat itu pada minit ke-50.
Kejayaan itu memastikan Ole Gunnar Solskjaer sekali lagi unggul ke atas barisan kendalian Pep Guardiola itu dalam meniti menjadi pengurus United pertama yang memenangi tiga perlawanan di Stadium Etihad.
The Cityzens, bagaimanapun, masih memiliki kelebihan selesa 11 mata di puncak tetapi rekod tanpa kalah dalam 29 perlawanan turut musnah sejak tumbang 0-2 di Tottenham pada 21 November 2020.
United tidak menjaringkan gol dalam tiga perlawanan sebelum sepak mula, namun diberi peluang untuk mengakhiri ketandusan jaringan selepas Jesus -- yang kekal dalam barisan utama berikutan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Wolves -- bertindak menjatuhkan Anthony Martial.
Kesilapan pemain Brazil itu hampir diselamatkan oleh rakan senegara, Ederson, namun penjaga gol itu masih gagal menguis keluar sepakan penalti rendah Fernandes.
City tidak membiarkan kekecewaan gagal mempertahankan reputasi 20 perlawanan liga tidak dibolosi terlebih dahulu membayangi mereka apabila mula mengatur serangan.
Percubaan deras Oleksandr Zinchenko terpaksa ditepis Dean Henderson -- sekali lagi menjadi taruhan berikutan ketiadaan David de Gea yang menyambut kelahiran anak sulungnya -- disusuli peluang Rodri pada awal separuh masa kedua.
United sebaliknya merobek gawang seteru kota itu buat kali kedua apabila Shaw menyempurnakan lariannya dengan gol selepas saling membuat hantaran dengan Marcus Rashford.
City terus buntu untuk menembusi kubu juara 30 kali itu biarpun selepas lima minit melepasi masa kecederaan apabila sekadar melakukan lima percubaan tepat daripada 21 kesempatan.
Astro Arena
Sun Mar 07 2021

Bruno Fernandes meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Manchester United di Stadium Etihad, Manchester, England, 7 Mac, 2021. (Foto AP)
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Hatrik Fernandes pacu United suku akhir Liga Europa
Kemenangan agregat 5-2 itu membolehkan United bertemu kelab League 1 Perancis Olympique Lyonnais di Parc Olympique Lyonnais pada 10 April.

Manchester United rancang bina stadium baharu berkapasiti 100,000 tempat duduk
Firma seni bina yang berpangkalan di London, Fosters Partners dipilih untuk mengetuai projek tersebut.

Manchester United jimat cermat, lepaskan Alex Ferguson sebagai duta
Pemilik Manchester United, Sir Jim Ratcliffe, mencadangkan kepada bekas pengurus, Sir Alex Ferguson, bahawa susulan status kewangan kelab itu bermakna khidmat Ferguson sebagai duta kelab tidak lagi di

Beberapa pemain tidak cukup bagus, terlebih bayar - Ratcliffe
Kelab itu telah berbelanja besar dalam beberapa musim kebelakangan ini dengan memancing pemain seperti Antony dan Jadon Sancho.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.

Liga Europa: Manchester United diikat Real Sociedad
Perlawanan di Old Trafford menjadi medan penentuan pasukan paling layak pusingan seterusnya.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Noussair Mazraoui santuni komuniti muslim Manchester United di Old Trafford
"Jangan sesekali hilang kepercayaan dalam doa anda, melihat ibu-bapa anda begitu gembira adalah sesuatu yang membuatkan anda lebih bangga."

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.