SITUASI kem Brazil bertambah pincang apabila mengesahkan Gabriel Jesus dan Alex Telles tidak sempat pulih daripada kecederaan lutut bagi baki kempen Piala Dunia 2022.
Pasangan itu masing-masing terpaksa dikeluarkan dalam kekalahan kepada Cameroon, kelmarin, secara tidak langsung Brazil bertambah pincang berikutan ketiadaan Danilo dan Alex Sandro yang masih diulit kecederaan.
Laporan di Brazil mengatakan Jesus perlu berehat sebulan sementara Telles mungkin memerlukan pembedahan, sekali gus turut memberi tamparan hebat kepada Arsenal dan Sevilla.
Satu kenyataan daripada Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) kemudian mengesahkan bahawa khidmat kedua-dua pemain itu terpaksa dilupakan untuk baki kempen di Qatar.
“Seperti yang diumumkan oleh CBF selepas perlawanan menentang Cameroon, Alex Telles dan Gabriel Jesus perlu menjalani ujian imbasan,” menurut kenyataan itu.
“Sambil diiringi doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar, mereka melakukan MRI di lutut kanan bagi mengesahkan tahap kecederaan dan adalah mustahil untuk pulih tepat pada masanya.
"Penyelaras pasukan kebangsaan Brazil, Juninho Paulista, sedang berhubung dengan pengarah sukan Arsenal dan Sevilla untuk menentukan sama ada Alex Telles dan Gabriel Jesus kekal bersama skuad kebangsaan di Doha untuk meneruskan rawatan atau mereka perlu kembali ke kelab masing-masing."
Walaupun Jesus hanya menjadi sandaran kedua di belakang Richarlison, Telles sebaliknya mungkin sandaran utama.
Kini tinggal Alex Sandro satu-satunya bek kiri semula jadi dalam skuad itu tetapi dia belum pasti pulih tepat pada masanya untuk perlawanan 16 menentang Korea Selata, awal pagi Selasa ini, sementara pertahanan kanan serba boleh, Danilo, kembali menjalani latihan penuh awal pagi tadi. -- Stadium Astro
Astro Arena
Sun Dec 04 2022

Jesus (gambar) dikatakan perlu berehat sebulan sementara Telles mungkin memerlukan pembedahan, sekali gus turut memberi tamparan hebat kepada Arsenal dan Sevilla. - Stadium Astro
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Cheng Hoe sudah ada bayangan kesebelasan utama skuad negara
Cheng Hoe berkata ini termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan khidmat arkitek tengah Terengganu FC, Lee Tuck.