PENYERANG Arsenal, Gabriel Jesus akan diketepikan buat beberapa minggu selepas menjalani prosedur pada lututnya yang berkaitan dengan kecederaannya semasa menyarung jersi Brazil di Piala Dunia 2022 tahun lalu, kata pengendali The Gunners, Mikel Arteta.
Jesus terlepas sebahagian besar separuh masa kedua musim lalu selepas dia menjalani pembedahan lutut kanannya pada Disember berikutan kecederaan dialaminya ketika bermain untuk skuad Samba di Qatar 2022.
"Ya, ia sesuatu yang berkaitan dengan kecederaan yang dia alami, dan pembedahan sebelum ini.
"Malangnya, setelah menjalani sedikit prosedur pagi ini, dia mengalami sedikit ketidakselesaan di lututnya yang menyebabkan beberapa masalah dan dia terpaksa pergi dan menyelesaikannya.
“Ia bukan sesuatu yang besar tetapi saya rasa dia akan berehat selama beberapa minggu,” kata Arteta pada sidang akhbar selepas naib juara Liga Perdana Inggeris itu menewaskan kelab Ligue 1 Perancis, AS Monaco 6-5 menerusi sepakan penalti selepas seri 1-1 dalam Piala Emirates.
Jesus yang berusia 26 tahun sebelum ini mengambil masa hampir empat bulan untuk memulihkan kecergasan sepenuhnya awal tahun ini dalam kempen yang menyaksikan Arsenal menghabiskan masa berminggu-minggu di tempat teratas, dengan harapan untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama mereka sejak 2004, sebelum mereka menduduki tempat kedua.
“Ia satu tamparan hebat kerana kami mengembalikannya ke tahap terbaiknya, terutamanya dengan cara dia bermain menentang Barcelona (dalam perlawanan persahabatan Khamis lalu), dan dia berada dalam keadaan baik, dan kami kini telah kehilangannya.
“Dia berasa tidak selesa dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kami perlu melihatnya dan perlu membuat keputusan dan yang terbaik adalah melindungi pemain itu dan mendapatkannya kembali secepat mungkin, jadi kami memutuskan untuk melakukannya," ujar Arteta.
Sebagai rekod, Arsenal akan menyingkap kempen Liga Perdana Inggeris 2023-24 di laman sendiri menentang Nottingham Forest pada 12 Ogos. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 03 2023

Aksi Gabriel Jesus menanduk bola ketika perlawanan Champions Cup antara Chelsea dan Barcelona di Inglewood, California, 26 Julai 2023. (Foto AP)

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Mikel Merino tak sangka jadi penyerang bidan terjun
Merino menjadi pemain Arsenal pertama yang menjaringkan dua gol sebagai pemain gantian dalam perlawanan EPL.

Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.

Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.

EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.

UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.