Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) hari ini meluahkan rasa kecewa dengan kekecohan yang berlaku di Stadium Negeri Batu Kawan malam tadi dan berjanji akan memastikan insiden serupa tidak berulang.
Presidennya Zairil Khir Johari berkata FAP juga terkejut dengan tindakan ganas segelintir penyokong pasukan bola sepak Pulau Pinang itu dan sedia bekerjasama dengan polis dalam menjalankan siasatan.
"Pihak FAP akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian ini tidak berulang dan pada masa yang sama, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas, khususnya pihak polis, yang berjaya mengawal keadaan.
"Kepada para peminat Pulau Pinang yang setia, jutaan terima kasih kami ucapkan dan semoga terus memberi sokongan dalam usaha FAP meningkatkan tahap pasukan negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya demi rakyat dan negeri, pasukan bola sepak Pulau Pinang akan terus berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.
Dalam kejadian malam tadi, enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan di luar stadium berkenaan sejurus tamat perlawanan Liga Super Pulau Pinang menentang Sarawak pada 11 malam.
Kekecohan dikatakan tercetus apabila penyokong fanatik skuad Harimau Kumbang itu bertindak liar selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 0-1 kepada Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2017

FAP meluahkan rasa kecewa dengan kekecohan yang berlaku di Stadium Negeri Batu Kawan malam tadi dan berjanji insiden serupa tidak berulang. - fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Jersi baharu skuad bola Pulau Pinang musim 2019/2020 diperkenal
Amar Pritpal berkata jersi baharu tersebut akan digunakan oleh ketiga-tiga pasukan di bawah naungan FAP iaitu skuad Piala Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia.

PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen
PFAM mahu pastikan masalah seperti tunggakan gaji, kontrak dan perjalanan karier pemain dalam bola sepak akan terjamin.

Segala masalah dalam FAP akan diselesaikan segera
Segala pemasalahan yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) akan diselesaikan segera bagi memastikan kejayaan pasukan Harimau Kumbang musim ini.

FAP tolak peletakan jawatan Zairil sebagai presiden
Datuk Gary Nair menyifatkan keputusan Zairil meletak jawatan itu tiga hari lalu, sebagai tindakan tergesa-gesa kerana menyebabkan pengurusan dan pentadbiran FAP dalam keadaan tidak menentu.

Zairil letak jawatan Presiden FAP
Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.

FAP lantik Zainal Abidin untuk selamatkan Harimau Kumbang
FAP melantik bekas jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang dalam usaha menyelamatkan pasukan itu.

Westwood dipecat dari jawatan jurulatih Pulau Pinang
Kontrak ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood, ditamatkan serta merta oleh FAP susulan prestasi hambar skuad Harimau Kumbang.

Penyokong Pulau Pinang desak jurulatih dipecat
Para penyokong skuad Harimau Kumbang mendesak agar FAP memecat Ketua Jurulatih, Ashley Westwood kerana gagal memberi sebarang kemenangan kepada pasukan mereka.

FAP janji pastikan insiden kekecohan tidak berulang
Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) hari ini meluahkan rasa kecewa dengan kekecohan yang berlaku di Stadium Negeri Batu Kawan malam tadi dan berjanji akan memastikan insiden serupa tidak berulang.

Pulau Pinang perkenal jersi baharu musim 2017/2018
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi baharu pasukan berkenaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2017 selepas menjalinkan kerjasama dengan Legea.