Para penyokong skuad Harimau Kumbang mendesak agar Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) memecat Ketua Jurulatih, Ashley Westwood kerana gagal memberi sebarang kemenangan kepada pasukan mereka dalam lima perlawanan awal saingan Liga Super musim ini.
Wakil gabungan persatuan penyokong setia skuad Harimau Kumbang, Mohd Khir Md Noor berkata pengurusan FAP perlu melihat perkara tersebut dengan segera jika tidak mahu terus menjadi lubuk kepada pasukan lain untuk meraih mata apabila bertemu Pulau Pinang.
"Hari ini saya mewakili peminat-peminat setia pasukan bola sepak Pulau Pinang menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya campur tangan dalam isu ini kerana pasukan kini berada di tangga tercorot liga.
"Menerusi memorandum ini kami mengesa antaranya untuk memecat Ashley serta merta kerana selepas ini jika terus gagal meraih tiga kemenangan, Pulau Pinang akan tersingkir ke Liga Perdana musim hadapan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di bangunan Komtar di sini pada Jumaat.
Beliau hadir bersama lebih 30 penyokong lain dan kumpulan berkenaan turut membawa sepanduk bertuliskan 'Selamatkan Maruah Bola Sepak Pulau Pinang dan Kami Mahu Ashley Westwood Dipecat'.
Memorandum itu diterima Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainol.
Mohd Khir berkata antara lain memorandum itu turut mendesak Presiden FAP Zairil Khir Johari agar berundur daripada pengurusan pasukan kerana dilihat gagal dalam memainkan peranannya.
"Selain itu kami juga mahu FAP mengadakan dialog antara penyokong dan presiden FAP bagi membincangkan hala tuju pasukan bola sepak Pulau Pinang dan yang keempat ialah pemain import yang ada sekarang ini tiada kualiti, ini membazirkan wang yang kerajaan negeri berikan kepada FAP," katanya.
Katanya jika pasukan Pulau Pinang terus kalah dalam perlawanan seterusnya, penyokong-penyokong akan mengambil tindakan memboikot perlawanan pasukan itu dan ini akan merugikan FAP kerana kutipan tiket akan berkurangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017

Para penyokong skuad Harimau Kumbang mendesak agar FAP memecat Ketua Jurulatih, Ashley Westwood kerana gagal memberi sebarang kemenangan. - fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Liverpool kekal memberi tekanan kepada Manchester City
Roberto Firmino dan Sadio Man masing-masing menjaringkan dua gol sekali gus menyumbang tiga mata berharga buat Liverpool.

Penyokong Pulau Pinang desak jurulatih dipecat
Para penyokong skuad Harimau Kumbang mendesak agar FAP memecat Ketua Jurulatih, Ashley Westwood kerana gagal memberi sebarang kemenangan kepada pasukan mereka.