Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya skuad Harimau Malaya mampu menjulang Piala Suzuki AFF 2014, menentang pasukan Thailand pada final timbal balik 17 dan 20 Dis ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Harimau Malaya harus menang pada perlawanan final jika mahu terus diingati peminat bola sepak tanah air.
"Kita memang tidak ada pilihan lain, kita perlu menang kerana orang akan ingat kalau kita menang piala tapi orang tidak akan ingat kalau kalah...lupa. Manisnya adalah jika kita bergelar juara.
"Saya harap Harimau Malaya tidak akan lepaskan peluang untuk menang kali ini. Saya sudah tekankan kepada pemain, supaya perjuangan kita tidak sampai di sini sahaja.
"Ambil peluang beraksi di Kuala Lumpur, untuk menang Piala AFF," katanya sebaik tiba dari Hanoi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Ditanya sama ada padang Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam yang akan dipilih sebagai venue perlawanan final, Hamidin berkata keputusan akan dibuat esok sebaik sahaja beliau melakukan lawatan ke Stadium Bukit Jalil.
Hamidin berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Perbadanan Stadium Malaysia mengenai lawatannya itu untuk memastikan keadaan padang di Stadium Bukit Jalil sesuai digunakan bagi aksi final menentang Thailand.
Tiket bagi perlawanan akhir kedua pada 20 Dis ini akan dijual dengan harga RM10 dan RM50 di pekarangan stadium.
Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata beliau telah menghantar surat sebagai tanda penghargaan kepada pihak berkuasa Vietnam yang telah memastikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Vietnam berakhir dengan selamat.
Malaysia menewaskan Vietnam, 4-2 di Stadium My Dinh di Hanoi, sekali gus melayakkan diri ke saingan akhir menentang Thailand dengan kemenangan agregat 5-4.
"Walaupun Vietnam tewas kepada Malaysia malam tadi tapi para penyokongnya tidak membuat sebarang kekecohan dan 'sporting' ...tidak membalas dendam terhadap insiden yang berlaku kepada penyokongnya di Shah Alam, Ahad lepas.
"Penyokong Vietnam terus balik sebaik sahaja perlawanan tamat dan tiada sebarang insiden liar berlaku sejak dari mula sehingga akhir perlawanan," katanya.
Bernama
Fri Dec 12 2014

FAM percaya skuad Harimau Malaya mampu menjulang Piala Suzuki AFF 2014, menentang pasukan Thailand pada final timbal balik 17 dan 20 Dis ini.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.