BERDASARKAN ranking semasa, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon akan berada di Balang 4 jika undian Piala Asia 2023 dilakukan ketika ini.
Situasi itu pasti ‘memeritkan’ buat Harimau Malaya apabila dijangka berdepan dengan pasukan gergasi dalam penampilan mereka di pentas berprestij Asia itu.
Bagaimanapun, Harimau Malaya masih mampu sekurang-kurangnya berada di Balang 3 jika menang ke atas lawan lebih kuat dalam aksi persahabatan, sekali gus memperbaiki ranking semasa.
Persoalan yang timbul ketika ini, sejauh mana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mampu menarik minat pasukan lawan yang mempunyai ranking lebih baik untuk beraksi pada perlawanan persahabatan itu.
Bagi pemerhati sukan tanah air, Dr Pekan Ramli berpandangan, perkara itu tidak mustahil jika FAM sanggup mengeluarkan bajet besar bagi mendapat ‘kepercayaan’ lawan yang dihajati.
Menurutnya, FAM juga boleh mengikut langkah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya menarik minat kelab besar di Asia dan Eropah untuk beraksi menentang mereka pada sesi pramusim.
“Benar, ia memang sukar kalau kita nak menentang pasukan yang rankingya jauh lebih baik berbanding Malaysia kerana ia langsung tidak mendatangkan keuntungan buat mereka.
“Namun, ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan kerana JDT pernah tunjukkan bahawa mereka mampu untuk mengadakan perlawanan pramusim menentang kelab besar dari Asia mahupun Eropah.
“Cuma FAM kena keluarkan kos besar atau mewujudkan kejohanan jemputan khas dengan menawarkan imbuhan hadiah kemenangan. Itu pasti akan menarik minat pasukan terbabit.
“FAM juga boleh guna kelebihan 'networking' yang mereka ada. Ramai orang kita yang ada jawatan tinggi dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ketika ini.
“Jadi, inilah peluang terbaik untuk mempelawa pasukan-pasukan besar yang ranking lebih tinggi bermain menentang Malaysia,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.
Pada masa sama, beliau berkata, dengan memperbaiki ranking semasa juga tidak cukup untuk membantu Harimau Malaya mengharungi saingan Piala Asia 2023 sekiranya tiada persiapan rapi dilakukan.
Justeru, beliau mencadangkan jika FAM gagal mendapat lawan yang kuat, mereka boleh mengadakan aksi persahabatan dengan kelab yang sama taraf atau lebih hebat berbanding Harimau Malaya.
“Tidak perlulah menjadikan soal ranking sebagai penentu nasib untuk berada di balang mana pada undian nanti. Beraksi di balang mana pun sudah bukan persoalan lagi.
“Ini kerana skuad kebangsaan perlu hadapi siapa pun lawan mereka untuk benar-benar diakui kehebatan atau menjadi 'true champion',” jelasnya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 20 2022
Pekan (gambar kecil) berkata, FAM mampu tarik minat pasukan lawan yang mempunyai ranking lebih baik untuk beraksi pada perlawanan persahabatan, jika sanggup keluar bajet besar. - Foto FB FAM
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Polis, penyokong Imran Khan bertempur dalam protes di Islamabad
Dalam pertempuran dengan polis malam tadi, media tempatan melaporkan beberapa orang, termasuk adik perempuan Imran, ditahan.
Warga emas rugi RM108,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi Ats-Pro dan diberikan kredit wang berjumlah RM6,000 untuk membeli satu unit saham.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Harimau Malaya belasah Nepal sebelum hadapi Oman
Malaysia menampilkan kelas tersendiri apabila membelasah pasukan ranking dunia ke-175, Nepal 5-1 pada perlawanan ujian tertutup malam tadi.
Indonesia ikut jejak langkah Malaysia harumkan nama di pentas Asia
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menobatkan Anugerah Bantuan Jaringan Terbaik Piala Asia 2023 milik pemain sayap Indonesia, Yakob Sayuri.
Thailand kini di kedudukan 101 ranking FIFA
Thailand mendaki 12 anak tangga untuk kekal di ranking teratas, diikuti Vietnam, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Piala Asia: Afif dedikasi kejayaan Qatar, hatrik kepada isteri tercinta
Akram Afif mendedikasikan kejayaan The Maroons mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 kepada isterinya.
Piala Asia: Afif lakar hatrik penalti bantu Qatar pertahan kejuaraan
Tuan rumah Qatar mempertahankan gelaran juara Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 pada perlawanan akhir penuh kontroversi.
Piala Asia: Antara Qatar dan Jordan, siapa bakal bergelar Raja Asia?
Selepas hampir sebulan menempuh perjalanan yang mencabar, tuan rumah Qatar dan Jordan sudah sampai ke kemuncak saingan Piala Asia 2023.
Afif laung amaran kejayaan Qatar kekal menjelang aksi final
Selepas The Maroons menyingkirkan juara tiga kali Iran malam tadi, Afif berkata, kejayaan Qatar tidak akan berhenti setakat di sini.
Ghalehnoy ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas Iran gagal ke final
Kegagalan melakukan penyudahan beberapa peluang terhidang merupakan faktor terbesar yang membawa kepada kekalahan.
Qatar selangkah pertahan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas rentap ego Iran
Penyerang sensasi Akram Afif memastikan Qatar bangkit daripada ketinggalan apabila meledak gol kedua pasukan di hujung separuh masa pertama.
Piala Asia: Empat pemain Liga Malaysia bawa Jordan ke final singkir Korea Selatan
Empat pemain berkenaan ialah Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab (Selangor), Mahmoud Al Mardhi (Kedah Darul Aman) dan Fadi Awad (PDRM).