EVERTON mengesahkan Andre Gomes mengalami keretakan pada buku lali kanannya yang terkehel ketika terikat 1-1 dengan Tottenham Hotspur di Goodison Park awal pagi tadi dan akan menjalani pembedahan secepat mungkin.
Gomes diusung keluar padang selepas dikasari Son Heung-min sebelum berlanggar dengan Serge Aurier.
Penyerang Spurs, Heung-min, yang diarahkan keluar padang oleh pengadil, Martin Atkinson, kelihatan bingung dan terkilan sebelum dipujuk ke terowong pemain manakala pemain kedua-dua pasukan itu turut terkesan dengan insiden berkenaan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Everton berkata: "Everton boleh mengesahkan bahawa Andre Gomes akan menjalani pembedahan Isnin ini (awal pagi esok) selepas mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan menentang Tottenham.
"Pemain kebangsaan Portugal itu telah diusung keluar padang dalam babak kedua dan terus dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Aintree dan ditemani beberapa ahli pasukan perubatan Everton.
"Selepas menjalani pemeriksaan, adalah disahkan bahawa dia mengalami keretakan di buku lali kanan yang terkehel."
Astro Arena
Mon Nov 04 2019
Andre Gomes diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan semasa bermain dalam perlawanan EPL antara Everton dan Tottenham Hotspur di Goodison Park, Liverpool, Britain, 3 Nov, 2019. REUTERS
Respons positif daripada platform media sosial - Fahmi
Platform media sosial memberi respons positif terhadap keperluan pelesenan di bawah kerangka kawal selia baharu untuk penggunaan internet lebih selamat kanak-kanak dan keluarga, yang akan dilaksanakan pada tahun depan,
Dalam pertemuan dengan wakil pelbagai platform semasa lawatan kerja tiga hari di Singapura, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, mereka mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan bersedia untuk turut serta dalam proses itu.
Dalam pertemuan dengan wakil pelbagai platform semasa lawatan kerja tiga hari di Singapura, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, mereka mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan bersedia untuk turut serta dalam proses itu.
Gua Niah dijadikan produk pelancongan antarabangsa
Pengiktirafan Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal dijadikan satu lagi produk pelancongan bertaraf antarabangsa di negeri itu.
Ribuan rakyat Palestin mula pulang ke kawasan kediaman
Ribuan rakyat Palestin akhirnya pulang ke kawasan perumahan mereka di Khan Younis, selatan Gaza pada Selasa, selepas rejim Zionis menamatkan pencerobohan yang berlarutan selama berminggu-minggu, atas alasan ingin menghalang Hamas daripada berkumpul.
badan kesihatan rasmi Palestin berkata, anggota mereka telah berjaya menemukan 42 mayat Palestin yang terbunuh sepanjang pencerobohan Israel di Timur Khan Younis.
badan kesihatan rasmi Palestin berkata, anggota mereka telah berjaya menemukan 42 mayat Palestin yang terbunuh sepanjang pencerobohan Israel di Timur Khan Younis.
Lelaki didakwa cetus kebakaran dahsyat California
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa menjadi dalang mencetuskan kebakaran hutan dahsyat di California, Amerika Syarikat, sehingga ia tular dan mendapat perhatian seluruh dunia.
London semakin panas?
'Kalau pada awalnya hari seperti ini amat disukai, tetapi kalau selalu dah jadi membimbangkan.' Itu kata salah seorang pelancong yang ditemu bual Reuters melihat kepada cuaca panas yang kini jadi luar biasa, lebih-lebih bagi negara yang sinonim dengan cuaca sejuk. Adakah ini permulaan kepada kelaziman iklim panas berpanjangan di United Kingdom? Dengarkan apa kata pelancong mengenai perubahan iklim yang melanda dunia ketika ini.
Dua kanak-kanak maut dalam acara Taylor Swift
Tiga kanak-kanak maut ditikam sehingga mati oleh seorang lelaki dalam satu acara bertemakan Taylor Swift di Southport, United Kingdom dengan yang terbaharu adalah kanak-kanak berusia sembilan tahun yang maut ketika mendapatkan rawatan di hospital. Sementara lapan kanak-kanak lain cedera, enam daripadanya kritikal serta dua orang dewasa turut cedera kritikal dipercayai cuba melindungi kumpulan kanak-kanak berkenaan.
KDN mohon tambahan bajet teruskan projek Baitul Mahabbah tahun hadapan
KDN merancang memohon tambahan bajet bagi meneruskan projek Baitul Mahabbah untuk tahun depan.
Laporan JNAS: Malaysia rangka strategi capai penarafan Tahap 1
Kementerian telah merangka tiga fokus utama iaitu mempertingkatkan kerjasama antara agensi, memperhebat usaha mengenalpasti dan melindungi mangsa; serta menambah baik proses pendakwaan terhadap pelaku jenayah pemerdagangan orang.
Angka korban terus meningkat
Angka korban dari lokasi tragedi tanah runtuh di Wayanad, daerah yang terletak di Kerala, selatan India terus meningkat kepada 77 individu setakat ini. Berdasarkan laporan-laporan media tempatan yang mengikuti rapat perkembangan insiden itu termasuk Hindustan Times, ratusan orang turut dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan.
Penindasan ke atas umat Islam perlu dihentikan - Pezeshkian
Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan bahawa sistem penindasan ke atas umat Islam perlu dihapuskan melalui kerjasama dan sinergi antara negara-negara Islam.
Everton sahkan Gomes retak, terkehel buku lali
Andre Gomes akan menjalani pembedahan awal pagi Isnin selepas mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan menentang Tottenham.
Ronaldo ketuai Portugal ke Russia tanpa Gomes, Nani
Nama Ruben Neves turut tercicir di sebalik musim cemerlang diharungi bersama Wolves dalam kancah Liga Kejuaraan, namun Joao Mario tersenarai selepas kembali menyerlah.
Gomes: Fokus Portugal adalah pada kelemahan Wales, bukan Bale
Pertembungan separuh akhir pertama bakal menyaksikan pertembungan Cristiano Ronaldo dan Bale, dua bintang Real Madrid yang bakal bertemu dengan membawa nama negara masing-masing.