APOLLON LIMASSOL 0 EVERTON 3
Pembantu jurulatih Everton, Craig Shakespeare, percaya keyakinan pasukan Merseyside itu mula kembali menjelang pertembungan dengan seteru setempat, Liverpool.
The Toffees akan turun dalam aksi 'derby' di Anfield pada Ahad ini yang menyaksikan mereka meraih tiga kemenangan berturut-turut dan tidak dibolosi ketika membenam Apollon Limassol, 3-0, di Cyprus, awal pagi tadi.
Ademola Lookman menjaringkan dua gol dalam masa setengah jam dan Kevin Mirallas menambah gol ketiga bagi memastikan anak buah Sam Allardyce itu mencatat kemenangan sulung di peringkat kumpulan Liga Europa.
Shakespeare, yang mengetuai skuad remaja Blues memangku tugas Allardyce yang kekal di England berikutan temujanji perubatan, yakin mereka akan bangkit.
"Itu adalah mentaliti kemenangan yang berjaya tetapi ia juga membuahkan keyakinan. Semoga kami dapat mengekalkannya," kata Shakespeare kepada Everton TV.
"Saya fikir pemain ini menghasilkan permainan sebenar dan bermain hebat pada babak pertama.
"Kami menurunkan ramai pemain muda dan pada separuh masa kedua, rentak permainan kami bagus dan kami masih mempunyai kualiti di kawasan lawan untuk menyudahkan peluang.
"Keputusan penuh adalah perkara yang paling menyenangkan," ujarnya.
Allardyce dijangka kembali ke Anfield pada hujung minggu ini dan Shakespeare berkata kemenangan ini mencerminkan dia akan melakukannya dalam suasana positif.
"Saya yakin dia menyaksikannya dan dia juga gembira," kata bekas bos Leicester City itu.
Astro Arena
Fri Dec 08 2017
Shakespeare (gambar), yang mengetuai skuad remaja Blues memangku tugas Allardyce yang kekal di England berikutan temujanji perubatan, yakin mereka akan bangkit. - Gambar fail
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
Everton makin garang
The Toffees akan turun dalam aksi 'derby' di Anfield pada Ahad ini yang menyaksikan mereka meraih tiga kemenangan berturut-turut dan tidak dibolosi ketika membenam Apollon Limassol, 3-0, di Cyprus.