Ia susulan beberapa tonggak utama mereka, termasuk kapten Robert Lewandowski tidak beraksi kerana kecederaan pada bahagian paha.
Skuad di bawah bimbingan Michał Probierz itu juga dilihat perlu mencari formula baharu kerana akan turun tanpa penyerang mereka Karol Swiderski akibat kecederaan buku lali.
Dalam saingan pembukaan Kumpulan D itu, pemain tengah Piotr Zielinski akan menggalas tanggungjawab sebagai kapten berikutan ketiadaan Lewandowski.
Begitu pun, Poland yang tidak pernah terlepas Kejuaraan Eropah sejak penampilan sulung pada 2008, yakin mampu mempamerkan rentak cemerlang menentang Belanda.
Lewandowski menjadi penjaring terbanyak Poland dengan 82 gol dalam 150 penampilannya bersama pasukan kebangsaan.
Poland dikatakan 'mesti menang' ke atas Belanda sebelum dijadual berdepan Austria pada 21 Jun dan pasukan pilihan kejohanan Perancis empat hari kemudian.
Namun, Skuad The Orange dibimbing Ronald Koeman juga mempunyai misi besar pada kempen EURO 2024 kali ini - untuk tampil semula selaku kuasa bola sepak dunia.
Untuk rekod, Belanda tidak pernah kalah dalam 12 pertemuan terakhir mereka dengan Poland, dengan kali terakhir pasukan di ranking ketujuh dunia itu tewas kepada Poland pada 1979.