JERMAN membuka saingan Kumpulan C temasya tahun ini dengan cemerlang apabila gol Shkodran Mustafi dan Bastian Schweinsteiger melakar kemenangan pasukan itu ke atas Ukraine di Lille.
Mustafi menyempurnakan hantaran Toni Kroos daripada sepakan percuma pada minit ke-19 untuk Jerman mendahului permainan.
Turun sebagai penyandang juara dunia, Jerman yang mendominasi perlawanan bernasib baik apabila beberapa asakan bahaya Ukraine yang mencari gol penyamaan gagal membolosi gawang yang dikawal Manuel Neuer.
Neuer cemerlang menafikan rembatan deras Yvhen Konoplyanka sebelum pertahanan Jerome Boateng berusaha keras menolak keluar bola yang hampir melepasi garisan gol.
Masuk menggantikan Mario Gotze, Schweinsteiger melengkapkan kemenangan dengan menampan kemas hantaran lintang Mesut Ozil daripada satu serangan balas pada minit terakhir perlawanan.
Sementara itu, hasrat Ireland Utara membuka lembaran pertama penyertaan dalam kancah Piala Eropah dengan cemerlang tidak kesampaian apabila terpaksa tunduk kepada Poland.
Tatkala tumpuan lebih terarah kepada penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski, Arkadiusz Milik muncul wira Poland apabila rembatan leret hasil umpanan Jakub Blaszczykowski pada minit ke-51 menewaskan pertahanan dan penjaga gol Ireland Utara.
Dalam saingan pertama kumpulan D pula, gol pemain tengah Real Madrid, Luka Modric cukup buat Croatia mengutip tiga mata penuh ke atas Turki.
Modric menjaringkan gol menerusi satu 'volley' cantik dari luar petak penalti empat minit sebelum tamat masa pertama, dan menjadi gol tunggal perlawanan.
Croatia berpeluang menambah jaringan, namun sepakan percuma kapten pasukan Darijo Srna dan tandukan Ivan Perisic sekadar singgah pada palang gol Turki.
Israr Khalid
Mon Jun 13 2016

Pemain tengah Jerman Bastian Schweinsteiger meraikan gol jaringannya dalam perlawanan menentang Ukraine di Stade Pierre Mauroy di Villeneuve-d'Ascq dekat Lille pada 12 Jun 2016. -AFP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger
Jerman kehilangan sebahagian daripada nilai mereka kerana cara jurulatih dari Sepanyol itu mengendalikan pasukan ketika bersama Bayern Munich.

Euro 2016: Low keluh 'nasib malang' penalti terhadap Schweinsteiger
Namun, ada kontroversi terhadap gol pendahuluan Perancis sejurus sebelum rehat apabila ketua pasukan, Schweinsteiger, dihukum keras kerana terpegang bola dalam kawasan penalti.

Euro 2016: Permulaan gah buat juara dunia Jerman, benam Ukraine 2-0
Jerman membuka saingan Kumpulan C temasya tahun ini dengan cemerlang apabila gol Shkodran Mustafi dan Bastian Schweinsteiger melakar kemenangan pasukan itu ke atas Ukraine.